Doa yang Terlupakan

Bila permintaan tak termakbul

Dah lama kita meminta. Dah lama kita berdoa. Bukan setakat berhari-hari. Terkadang berbulan-bulan. Bahkan sehingga bertahun-tahun.

Tapi sehingga hari ini, permintaan kita tak kunjung tiba bayangnya.

Entah berapa titis air mata yang bercucuran. Setiap kali tangan diangkat selepas solat, saat itu juga hati sebak. Meminta dengan penuh pengharapan.

Letih, penat, lelah dalam berdoa.

Hingga ada antara kita yang “trauma” untuk berdoa.

Hingga ada antara kita yang mula mempersoal,

“Ya Allah, bila Kau mahu makbulkan doa ku? Ya Allah, kenapa Kau belum makbulkan doa ku? Ya Allah, apa silapku sehingga doa ku masih belum Kau makbulkan? Ya Allah, apakah kerana dosa-dosa silamku? Ya Allah, tak terimakah Engkau akan taubatku?”

Minda penuh persoalan. Penuh tanda tanya. Tapi entah pada siapa soalan perlu dilontarkan, untuk mendapatkan jawapan.

Saat bila mana persoalan memenuhi ruang fikiran, bibit-bibit prasangka mungkin akan mula terbit.

Bukankah kitab Allah tertulis,

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”.

(Surah Ghaafir: 60)

Tapi… kenapa doaku masih belum dimakbulkan? Bukankah Allah tak pernah memungkiri janjiNya? Habis tu, KENAPA?

“Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya kepada baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? Sabda baginda : Apabila dia berkata: Aku telah pun berdoa! Aku telah pun berdoa! Tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa.” (Riwayat Muslim)

Gopoh gapah

Benar. Kita gelojoh. Tamak. Gopoh. Meminta sesuatu yang dirasakan baik untuk kita, sedangkan Allahlah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Apa, bila, di mana. Dia yang Maha Mengetahui.

Bila hati kita penuh persoalan, kita sebenarnya terlupa pada satu perkara.

KEYAKINAN. Keyakinan bahawa doa kita PASTI akan dimakbulkan Allah. KEYAKINAN yang sebenarnya merupakan piawaian KEIMANAN kita.

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa”

(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika hati masih tertanya-tanya. Jika hati masih ragu-ragu.

When in despair turn to DU’A
When in need of regular guidance turn to PRAYER
When in need of understanding turn to ALLAH

Dengarlah doamu

Bila mengharapkan sesuatu, kita berdoa. Berdoa dan terus berdoa. Menyebut dan terus menyebut. Hingga terlupa satu perkara.

Mendengar doa sendiri.

“Ya Allah, jika ini yang terbaik, permudahkanlah urusanku. Perkenankanlah permintaanku. Berilah yang terbaik untukku. Berilah petunjukMu padaku.”

Ingatlah, kita meminta apa yang kita rasakan terbaik dengan memohon ALLAH TUNJUKKAN JALAN. MEMOHON ALLAH MEMBERI PANDUAN. Dan jawapan Allah? Mungkin dalam bentuk memperkenankan doa kita seperti yang diminta ATAU mungkin Allah menangguhkannya atau memberikan “hadiah” lain yang jauh lebih baik buat kita. Tapi itulah yang TERBAIK untuk kita.

Allah would never rejected our du’a, but He may REDIRECT it to the correct path- Anonymous

Teruslah berdoa

Bila mana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Mintalah pertolongan daripada Allah untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kerana Allah.

Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.

Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri.
Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini…

Namun tidak salah untuk terus meminta… tetapi

 pintalah dengan hati yang bersyukur.
Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu.

Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa… itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!
Syukur… kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur.
via ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Satu hari nanti… Bila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

” … Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Al-Imran, 9)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186)

Dependence

Baki 8 hari terakhir.

Biarlah seperti pemanjat pohon kelapa.
Makin dipanjat, makin tinggi dari tanah, perasaan takut yang makin bertambah, jadi pelukan pada pokok makin erat.

Moga kita juga mampu memanjat tangga ketaqwaan sehebat itu.
Makin ingin dekat pada Allah, semakin kuat pergantungan padaNya.

 

 

Ramadhan kali ini yang “kalut”.

Setelah 3 tahun, merasai Ramadhan di tanah yang berbeza. Asing.

Ramadhan yang dimulakan dengan sebuah tangisan. Keinginan untuk Ramadhan pertama bersama ibubapa selepas 3 tahun, rupanya aturan Allah lebih indah. Memanggil mereka menjejakkan kaki kembali ke Baitullah.

Sebuah tanah suci yang disebut-sebut ma selepas menunaikan haji hampir 7 tahun lepas. Dan panggilan umrah disahut riang.

Dan saya menangis menumpang gembira. Hajat ma termakbul selepas 7 tahun.

Dan sedikit sedih, sebab perancangan asal ingin juga ke sana bersama tahun depan jika diizin Tuhan kembali tertangguh.

Tapi, penangguhan ini, pasti takdir yang lebih indah menanti.

 

Ramadhan kali ini, ujian sebuah kegagalan.

Ketukan yang keras. Mungkin atas sebab alpa.

“Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah.” (74:7)

 

 

Ujian akan menghasilkan manusia dengan 3 karakter yang berbeza. Atas curahan air panas yang sama. Pilihan di tangan kita.

1) Sebiji telur.

Direndam dalam air panas. Makin panas air, makin keras dirinya. Dia menjadi ego, dia menjadi degil. Makin menutup dirinya kepada hikmah ujian.

 

2) Lobak

Direndam dalam air panas. Diri menjadi makin lembek. Makin lemah. Akhirnya tersungkur.

 

3) Kopi radix – err… penulis tak minum kopi radix, tapi….

Direndam dalam air panas. Menjadikan dirinya sebati dengan kepanasan air. Makin panas, makin sebati, makin serasi, makin manis. Menjadi makin sedap. Makin matang.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (3:139)

Ramadhan hampir berlalu pergi.

Kembali terfikir, Ramadhan seterusnya, akankah sempat bertandang kembali?

Laungan takbir kali ini, laungan kemenangan atau kekalahan?

Masih ada kesempatan waktu yang tersisa, and a winner never quit!

Checklist masih belum sempurna.

Dan memberinya sedikit, permintaan terlalu banyak.

Benarlah kita hanya hamba.

Hamba yang tamak haloba.

“I used to pray for so many fancy things. Now I just ask to be near You” (Yasmin Mogahed)

And yes, indeed.

Wa li rabbika fasbir… Wa li rabbika fasbir…

Almost there…

 

By Fakhriah Ramli Posted in Sendiri

Baitul Syifa’: Aku OKU

Drafted Rabu yang lepas. Just finish editing. (Kena me”recruit” editor la lepas ni. Heh!)

Ruang menunggu di farmasi pesakit luar makin penuh. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.

Jari jemari semakin rancak mengetuk keyboard komputer untuk men”screen” preskripsi daripada para pesakit.

Hari Rabu kali ini kelihatannya seperti kebiasaan hari Rabu yang lain. Sesak kerana ada klinik MOPD.

Mata sudah semakin penat. Preskripsi yang makin bertimbun, waiting time yang makin meningkat membuatkan hati makin resah. Nak menaip dengan laju, ada saja halangannya. Nak memberi nombor giliran, masalah dosing pada preskripsi, kena call doktor untuk intervention, ditambah dengan tulisan-tulisan doktor (you know how) yang makin lama makin “cantik”, cukup mengasah skill “tukang tilik” saya.

“Dik, nombor.”

Seorang lelaki berdiri di kaunter nombor giliran.

Dengan perasaan malas (sebab dah banyak kali bangun untuk bagi nombor giliran), saya bangun mendekati pemuda yang berusia dalam linkungan awal 30 tahun itu.

Mencapai preskrepsi, padanya ada dua items, jari ingin menekan butang “biasa” pada nombor giliran.

“Orang OKU tak boleh dapat nombor special ke, dik?” Dia berkata sambil tersenyum.

Mendongak ke atas, saya tergamam sebentar.

“Err, boleh,” pendek menjawab sambil membalas senyuman. Dan tangan menghulur nombor express.

Kembali duduk di hadapan komputer, sekilas memandang kepada pemuda tersebut.

Jalannya sedikit tempang. Dan sebelah tangannya sudah tidak mampu digunakan lagi.

Allahu Allah.

Andai ini peringatan hari ini.

Ada manusia suka dirinya dipandang. Rasa diri itu rupawan. Mampu menarik perhatian.

Tapi yang pasti, “Aku” tidak ingin dipandang orang. “Aku” tidak suka diri diperhatikan. “Aku” tidak suka menjadi bahan bualan.

Kerana “Aku” lain daripada orang sekeliling.

Kerana “Aku” OKU.

Berapa ramai yang dengan tenangnya mampu mengaku kelemahan yang ada pada diri. Mengaku “Aku OKU”, satu pernyataan yang pasti menusuk ke hati.

Tapi pasti “Aku” faham maksud qada’ dan qadar Ilahi.

Kita pula orang yang bagaimana? Yang selalu mempertikaikan nasib diri? Yang seringkali menyoal takdir Ilahi?

Seringkali merasa diri adalah orang yang paling buruk caturan kehidupannya?

“Aku lah orang yang paling sedih. Aku lah orang yang paling derita. Aku lah orang yang paling sengsara.”

AHH! Kamu belum cukup membuka mata seluas-luasnya. Belum cukup memandang dunia daripada kaca mata kehidupan yang sebenar.

Andai diri mampu men”curi” ketabahan itu. Andai diri mampu men”curi” rasa bersyukur itu. Andai diri mampu men”curi” perasaan redha dengan ketetapan Allah itu.

Andai diri mampu memeluk seeratnya takdir yang sudah sedia tertulis sejak azali.

Buat “Aku”, dunia mungkin tidak seindah yang diingini. Tak sesempurna yang diimpi.

Tapi, satu janji yang pasti. Moga di akhirat, kita menjadi orang yang paling dicemburui.

Nota:

5 days to go

Menghitung Ramadhan Terakhir

Ahlan wa sahlan buat tetamu yang dirindui.

Blog… err..

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama tak menulis. Jari pun dah makin “slow” nak mengetuk-ngetuk keyboard. Sinonim la dengan nama benda alah ni. Laman sesawang yang dah hampir 3 bulan lebih bersawang. Heh!

Sebenarnya hajat penulis, nak ber”sara” daripada “kerjaya” ber”blogging” atas sebab-sebab tertentu. Keputusan yang dibuat sebulan yang lepas. Tapi semalam, baru di”marahi” oleh seorang ukhti. Jadi, per”saraan” ditangguhkan buat seketika. Huh!

Pesanan awal: Entry kali ni mungkin sekadar luahan rasa daripada penulis yang dah lama tak menulis. Sekadar nak men”ceria”kan blog yang dah lama menyepi. Kalau free-free, baru la luangkan masa, ye. Kalau ada perkara lain yang lebih afdhal, dahulukan la apa yang patut. =)

Kadang-kadang, apa yang kita nak tak semestinya apa yang patut kita buat. Dan Allah lebih tahu.

Satu malam, sedang duk khusyuk menaip “Toxic Case Report”, sambil membaca blog Dr Zain, (haha.. khusyuk sangat la kan. Ni namanya multi-tasking.. =p) datang seorang housemate duduk kat sebelah.

“Baca blog eh. Blog sape?”

“A’ah. Blog… errrr..” Nak sebut Dr Zainurrashid, entah kenal ke tidak entah. Nak sebut blog qiadah, satu hal pulak nak explain term yang “complicated”. Explanation mungkin akan lebih meng”complicated”kan penerangan. Nak sebut blog kawan, Dr Zain pun tak kenal saya kot.. erk..

“Errr… blog Dr Zainurrashid. Dia jurucakap Aman Palestin.” Hah! Ambik kau! Lambat sangat nak fikir.

“Ohh.. Fakhriah ada blog tak? Mesti ada, kan?” tanya la teman ni dengan muka yang excitednya.

“Hah? Err… entah..”.

“Mesti ada, kan? Ada gaya penulis.”

“Erk.. hehe..,” gelak yang dibuat-buat.

Tersentak di hati. Mungkin teman sekadar menyebut tanpa bermaksud. Tapi bagai membuka kembali pintu hati saya untuk menulis. (Dah diiktiraf ada gaya penulis, kan.. =p) Tapi keputusan yang diambil dulu sebenarnya adalah satu keputusan yang dah cukup nekad. Tapi, kejadian malam tu, buatkan penulis terfikir-fikir balik keputusan yang dibuat. (Adeh.. hati, hati. Cepatnya cair..)

Sehinggalah di”marahi” ukhti semalam, dan berfikir sedalam-dalamnya, tangguhkan lah dulu keputusan nekad sebulan yang lepas.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa nak berhenti menulis? Padahal saya pernah katakan bahawa penulisan adalah hidup saya. Kalau saya gembira, saya akan menulis. Kalau saya sedih, saya akan menulis.

Sesetengah orang menganggap blog adalah satu perkara yang membuang masa. Nak cerita semua perkara dalam kehidupan. Bagi saya, tidak! Blogging adalah satu perkara yang memerlukan komitmen yang cukup banyak! Dan melalui blog, saya suka untuk berkongsi cara pandang sebuah kehidupan dengan pembaca yang sudi bertandang.

Pernah ada seorang ukhti berkata pada saya satu kata yang agak mengguriskan hati setahun yang lalu. (Heh! Emo jugak penulis ni!)

“Nak menulis, semua orang boleh menulis. Yang susahnya kalau nak buat poster etc, perlukan kreativiti.”

Jauh dalam sudut hati saya, “Betul, tak semua orang boleh buat poster. Tapi sama hal jugak dengan penulisan. Memang semua boleh menulis (sape yang tak reti nak tulis A, B, C, kan?), tapi penulisan pun perlukan skill yang tak semua orang ada. Err… penulis tak bermaksud yang penulis ada skill yang diperlukan untuk menulis, yerk. Tapi, practice makes perfect, insyaAllah!”

Cuma, tegurannya adalah untuk tak membandingkan kemampuan diri dengan kemampuan orang lain. Allah menjadikan setiap hambanya unik. Ada kelebihan yang tersendiri.

Ada yang kreativitinya dalam membuat poster, ada yang kreatif mengarah filem pendek, ada yang kreatif melukis komik/anime, ada yang kreatif dalam penulisan, ada yang kreatif dalam menyusun kata untuk berbicara.

Dengan kata lain, cari kreativiti yang Allah dah anugerahkan dan “polish” skill untuk menyumbangkan sesuatu buat ummah. Tanpa perlu mem”perlekeh”kan kemampuan orang lain. Erk!

Ayat kat atas adalah peringatan buat saya jugak. Jadi, per”sara”an ditangguhkan.

Nota: Mungkin ada yang terfikir, bila teman bertanya, kenapa tak perkenalkan dia kepada blog sendiri? =)

Prinsip saya, I want people to know me as “ME” first, rather than knowing me through my blog. Because, too much expectation sometimes could “kill” you. Biar seseorang mengenali kita MELALUI kita, supaya lebih mudah untuk mereka menerima seruan kita. =)

Misi seterusnya: Membina Angkatan Mujahid!

“Hendaklah engkau pandai membaca dan menulis, memperbanyak muthala’ah terhadap risalah Ikhwan, koran majalah, dan tulisan lainnya. Hendaklah engkau bangun perpustakaan khusus, seberapa pun ukurannya; konsentrasilah terhadap spesifikasi keilmuan dan keahlianmu jika engkau seorang spesialis; dan kuasailah persoalan Islam secara umum yang dengannya dapat membangun persepsi yang baik untuk menjadi referensi bagi pemahaman tuntutan fikrah.”

(As-Syahid Hasan Al-Banna, Risalah Ta’alim)

p.s:
Menghitung Ramadhan Terakhir

18 days to go..
Allahumma Balighna Ramadhan

Akan datang: Menarik nafas panjang…

Walking_On_Sunshine_by_Mac_666

Bila dah sampai seru

“Saya akan berubah, bila dah sampai seru.”

S.E.R.U.

Satu kata yang agak sinonim diperkatakan. Ada yang menggunakan perkataan ini untuk berbicara tentang jodoh. Tapi fokus saya di sini bila kata S.E.R.U digunakan untuk penghijrahan. Ayat mudah- untuk berubah menjadi lebih baik, kita menanti-nanti “seru” tiba.

Lama saya terfikir-fikir, dan akhirnya saya tersenyum sendiri. Sebab saya sendiri pun tertanya-tanya, apa itu definasi seru?

Adakah S.E.R.U. adalah satu objek? Atau adakah S.E.R.U. adalah sebuah kejadian? Atau adakah S.E.R.U. adalah merupakan seseorang?

Bagi yang pernah menyebut atau terfikir tentang ayat pertama di atas, mungkin anda patut bertanya kembali pada diri sendiri, sebenarnya S.E.R.U. apa yang kita sedang menanti-nantikan kedatangannya sebelum berubah? Satu petanda atau petunjuk untuk berubah? Ataupun kata S.E.R.U. itu sebenarnya adalah ALASAN yang kita ciptakan untuk MENANGGUH-NANGGUH perubahan.

Ramai manusia suka berimaginasi. Saya sendiri pun pernah berimaginasi. Saya masih ingat episod-episod awal dalam mengorak langkah di jalan tarbiyyah, dalam fasa ingin berubah ke arah yang lebih baik berbanding kehidupan yang dulu, saya selalu melihat ke luar tingkap bilik solat di Adelaide satu ketika dulu. Kadang kala saya akan duduk di situ selepas selesai solat Subuh. Menanti-nanti sesuatu yang tak pasti.

Dan pada fasa awal tersebut, saya pernah menanti-nantikan “keajaiban” daripada Allah. Satu “petanda” yang Allah akan berikan kepada saya untuk menunjukkan kepada saya bahawa memang patut saya berubah. Dan sekaranglah waktu yang tepat untuk berubah.

Saya menanti-nanti kalau-kalau Allah perintahkan pada burung-burung untuk muncul di tingkap cermin tersebut dan berbicara pada saya (huhu.. burung kakak tua mungkin boleh), atau paling kurang pokok di belakang rumah terbelah dua, atau “tahi bintang” jatuh (hehe.. janganlah, hancur ranap rumah saya nanti) atau apa-apa aje, asalkan satu petanda. Saya tak mintak banyak. Cuma satu!

(Paling kurang macam dalam video Mat Lutfi, orang jubah putih turun dari pagar. Erk.. tapi saya tak mau beli karpet! =p)

Dan, adakah saya dapat “keajaiban” tersebut???

Jawapannya, mestilah TIDAK! Ahaks!

Adakah saya hampa? Err.. sikit la. “keajaiban” sekadar sebuah imaginasi. Ye la. Saya bukannya hidup di alam dunia Barbie yang penuh fantasi, kan?

Tapi, makin lama menanti, makin saya sedar dan faham. Sebenarnya selama penantian saya, “keajaiban” itu muncul pada setiap hari. Cuma saya tak sedar, sebab tak cukup memerhati dan menghayati.

Setiap pagi, sinar “keajaiban” itu sentiasa hadir, tapi saya tak sedar. Tak memerhati dengan sebenar-benarnya. Tak memerhatikan bahawa fajar yang muncul pada setiap hari itu adalah petunjuk Allah pada saya bahawa S.E.R.U. yang saya nantikan adalah dengan memerhati alam, keindahan alam yang akan membawa saya untuk memerhati kekuasaanNya, kekuasaan yang akan membantu saya menyedari kasih sayangNya, dan kasih sayang yang akan menguatkan saya untuk berubah supaya makin dekat denganNya. Subhanallah walhamdulillah!

Dan setelah saya sedar S.E.R.U. itu di mana, adakah saya terus berubah 360 darjah? Terus transform macam Sailormoon? Mestilah tidak! Saya bukan di alam anime! =)

Berubah perlukan masa, tapi jangan jadikan masa sebagai alasan untuk menunda perubahan.

Bila S.E.R.U. yang kita tunggu dah tiba, teruslah mulakan langkah pertama untuk berubah. Langkah pertama yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk mencari kekuatan. Jika langkah pertama pun kita tak mulakan, sampai bila pun kekuatan takkan datang.

S.E.R.U. atau kata mudahnya HIDAYAH itu sentiasa hadir dan muncul di sekeliling kita. Cuma terpulang pada kita untuk sedar dan ambil peduli.

Bentuk S.E.R.U. itu banyak.

Antaranya:

- “Aku ni bukannya baik sangat. Dia (si fulan) lagi baik dari aku.” : Satu bentuk S.E.R.U. yang banyak di monolog kan. Tanpa sedar kita sedang muhasabah, menilai diri sendiri. Dan sedar kekurangan diri. “Aku belum cukup baik.” Kita adalah hakim terbaik pada diri sendiri selepas Allah.  Itulah S.E.R.U. yang seringkali kita tak ambil kisah.

- Bukak facebook, terbaca status-status sahabat, artikel-artikel tentang sesuatu yang mengetuk hati, yang menginsafkan diri. Adakah satu kebetulan untuk kita terbacakan semua itu? Percayalah, hidup ni tiada istilah kebetulan. Mata itu milik Allah, yang akan menunjukkan kita jalan kebaikan. Step seterusnya bergantung pada diri sendiri. Baca, insaf, lepas tu lupakan? Atau baca, insaf, dan aku perlu mulakan sekarang.

-  Al-Quran. Hadiah peninggalan Rasulullah. Jangan sekadar baca semata-mata. Carilah sebuah Al-Quran bersama terjemahan. Paling kurang bacalah semuka satu hari dan lihat terjemahan. Saya berani untuk katakan, S.E.R.U. melimpah ruah. Yang tinggal cuma kita mahu atau tidak.

- Nasyid. Anda peminat lagu? Sama lah dengan saya. =) Tapi, jika kita selalu mendengar lagu-lagu yang sekadar membuatkan kita hanyut (pastikan anda pandai berenang, takut lemas di lautan. Heh!), putus cinta, putus asa, putus harapan, mungkin buat pertama kalinya kita bagi peluang kepada telinga kita untuk berehat sebentar daripada lagu putus-putus kepada lagu yang mampu menyambung kembali harapan. Ada orang kata lagu nasyid ni bosan (yeke? Orang yang cakap ni sebab dia tak pandai cari dan pilih nasyid yang tepat dengan jiwa dia). Kalau anda dalam kategori peminat lagu, mesej la saya. Saya akan tolong cadangkan lagu terbaik untuk diri anda sesuai dengan karakter masing-masing. Biidznillah!

- Memerhati alam dan orang-orang sekeliling. Yang ni saya tak nak ulas panjang. Kerana perasaan tersebut hanya akan dirasai oleh orang-orang yang memerhati.

Ini adalah beberapa bentuk S.E.R.U. yang mampu saya kongsikan. Kerana saya pun pernah cuba dan rasai sendiri.

Usahlah banyak beralasan untuk berubah ke arah kebaikan. Jangan menipu naluri hati sendiri. Fitrah manusia sukakan kebaikan. Dan setiap manusia, jauh di sudut hati suka melihat kebaikan, suka melihat orang-orang yang baik, suka untuk berbuat baik.

Janganlah menunggu-nunggu S.E.R.U. untuk tiba sedangkan S.E.R.U. dah lama berada di tempat yang sepatutnya. S.E.R.U. tak ke mana. Cuma yang tinggal adalah kita yang perlu mencari.

S.E.R.U. atau lebih tepatnya, HIDAYAH itu sudah lama tersedia, tapi kita perlu gerakkan kaki untuk melangkah terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab Allah nak didik diri kita untuk BERUSAHA ke arah kebaikan, supaya nanti kita punya KEKUATAN untuk TERUS ISTIQAMAH dalam berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Sekarang sudah ramai yang berubah. Para artis dan jugak sahabat-sahabat kita sendiri. Mungkin sesetengah daripada mereka mendapat S.E.R.U. yang agak tragik. Terlibat dalam kemalangan sebagai contoh. Takkan kita pun nak tunggu accident baru nak berubah?

Orang lain dah mula mengorak langkah. Kita yang masih tertinggal di belakang.

“Saya nak berubah..” dan langkah pertama mulakan lah dari sekarang. Kalau rasa diri masih belum punya kekuatan, kalau saya katakan “saya ingin hulurkan tangan untuk membantu”, adakah anda nak menunda lagi?

Usahlah terlalu banyak beralasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

Moga di akhirat nanti kita bukan tergolong dalam kelompok yang diazab kerana berpaling ketika ada manusia lain mengajak ke arah kebaikan.

Wallahu a’lam.

Sesungguhnya pada kejadian semua langit dan bumi dan perubahan malam dan siang dan kapal yang berlayar di lautan membawa barang yang bermanfaat bagi manusia, dan apa yang diturunkan Allah dari langit dari ada air, maka dihidupkanNya dengan (air) itu bumi, sesudah matinya , seraya disebarkanNya padanya dari tiap-tiap jenis binatang, dan peredaran angin, dan awan yang diperintah di antara langit dan bumi; adalah semua­nya itu tanda-tanda bagi kaum yang berakal. (Al-Baqarah: 164)

p.s: Below is one of my favourite video. You should watch this and start to question yourself. If he can convert to Islam because of Quran, then why we can’t be a better Muslim/Muslimah by referring to Quran as our main guidance?