Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

Alhamdulillah, semalam selesai satu lagi program dalam usaha menyentuh butir-butir kecil itu. Melihat jiwa-jiwa yang masih segar penuh dengan potensi yang jika digilap dengan acuan Al-Quran dan As-Sunnah, akan pasti lahirlah jiwa pejuang sehebat Salahuddin Al-Ayyubi, sebijak Sultan Muhammad Al-Fateh dan setegas seorang tokoh yang benar-benar saya kagumi, Saidina Umar Al-Khatab. Moga jiwa-jiwa ini akan terpelihara sehingga ke akhirnya, Amin!

Tertarik dengan slot terakhir program. Satu sesi yang saya yakin turut dinanti-nanti oleh adik-adik yang jiwanya masih muda, yang pasti sudah atau akan terdedah dengan keadaan ini. “Bila baju melayu bertemu baju kurung.” Saya menulis bukanlah untuk mengupas isi-isi forum semalam, bimbang jika ada yang tersilap fakta. Tapi ini isi “forum” saya sendiri untuk mengulas isu yang sama, isu yang tipikal, yang terkadang rasa macam nak ignore je tapi tak dinafikan isu ini adalah antara isu yang tertinggi dalam senarai perkara-perkara yang dikaitkan dengan manusia biasa yang tak kira usia. Kecil, remaja, belia, dewasa, atau yang lebih berusia.

Fitrah yang indah

Adakah bercouple salah? Saya akan kata, ya. Adakah ianya haram? Saya akan diam dahulu. Adakah bercinta itu salah? Saya kata TIDAK.

Kenapa kita nak salahkan cinta, sedangkan cinta adalah satu perasaan fitrah, yang saya yakin 100% daripada kita mestilah pernah merasai keindahan cinta, betul tak? Cinta kepada ibubapa, cinta kepada abang, kakak, adik dan anak-anak saudara, cinta kepada sahabat, cinta kepada guru, cinta kepada barang-barang milik kita, cinta kepada kucing kesayangan. =)

Jadi, cinta itu adalah sebuah perasaan fitrah yang cukup indah, jika diletakkan pada tempat yang betul, jika diberikan kepada orang yang tepat, dengan CARA YANG BENAR mengikut landasan Islam.

Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

“Tahu dengan tepat tak semestinya faham dengan jelas” (Ustazah Fatimah Syarha)

Kalau kita ditanya siapakah pemilik cinta kita yang utama? Saya sangat yakin bahawa setiap daripada kita pasti mampu untuk menjawab Allah. Dan siapakah pemilik cinta ini selepas Allah? Dan pastilah jawapan yang kedua adalah Rasulullah s.a.w.

Jadi, setiap daripada kita sebenarnya mempunyai pengetahuan yang sangat tepat tentang pemilik cinta yang utama. Tapi yang menjadi persoalannya, adakah kita benar-benar faham dengan jelas tentang hakikat ini?

Buktikan cinta padaNya

Di mulut, kita kata cinta yang utama adalah Allah. Tapi realitinya yang sentiasa dalam fikiran kita, adakah benar ianya Allah?

Dalam sehari, berapa kali kita ingat Allah? Biar saya bagi jawapan- minimun 5 kali, 5 kali waktu solat. Itu masa yang kita peruntukkan untuk ingat pada Allah (Itupun kalau kita solat setiap waktu).

Dan dalam 5 kali tu, berapa minit kita ingat Allah? Saya bagi minimun waktu solat 1 kali 5 minit (huhu.. laju beno solatnya), 5 kali solat, 25 minit. Dibandingkan dengan masa sehari: 1440 min. Tolak waktu tidur, saya ambik 5 jam: Tinggal 1140 minit. Tolak dengan waktu solat, tinggallah 1115minit ~+/- 18 jam. Agak-agak 18 jam ni kita peruntukkan untuk apa ye? Study? Kerja? Sembang-sembang? Makan-makan? Atau teringatkan seseorang? (Itupun kalau solat kita betul-betul khusyuk. Kalau nak tolak lagi dengan minit-minit yang tak khusyuk, agak-agak berapa minit je yang tinggal untuk kita ingat Allah?)

Tadi kita kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Takkan lah orang bercinta kejap je ingat pada kekasih dia? Mustahil…. Orang bercinta kan biasanya hanyut dengan angan-angan, tak sabar setiap kali nak berdating, asyik nak bercakap dengan dia, berjumpa dengan dia, sebut nama dia pun dah cukup buatkan pipi blushing. Wah! Bercinta sakan! Paling best bila dapat hadiah daripada si dia. Hati berbunga-bunga dengan senyuman yang tak boleh hilang.

Kitakan kata pemilik cinta kita yang utama adalah Allah? Dah tepat dah. Tapi, kita betul-betul faham dengan jelas ke? Kefahaman biasanya akan disalurkan kepada perbuatan.

“Betul, cinta utama saya memang pada Allah. Tapi, kita kan tak boleh nampak Allah. Jadi, macam mana dikatakan nak dating dengan Allah?”

Solat. Tak terasa ke masa solat adalah waktu kita dating dengan Allah. Hanya kita dan Dia. Walaupun solat berjemaah sekalipun, masa kita solat, ada kita borak dengan orang sebelah? Pastilah tak, kan? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, orang sebelah boleh dengar ke apa yang kita cakapkan? (selain apa yang imam baca) Mestilah tak, kan. Jadi, siapa yang tahu? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, adakah kita nak ambil kisah apa yang sedang berlaku kat sekeliling kita? Orang lalu lalang, orang tengah berborak, bunyi macam-macam. Adakah kita nak berhenti solat nak ambil tahu tentang hal-hal ni? Mestilah tak sama sekali!

Sebab apa? Sebab kita sebenarnya sedang dating dengan Allah. Hanya kita dan Dia. Kalau dating dengan lelaki yang tak halal bagi kita, kita tak dapat pun nak dating se”sweet” kita dating dengan Allah. Kita duduk makan-makan, kawan-kawan nak join sama, tumpang sekaki. Paling tak best siap suruh belanja sekali. Kalau kita dating dengan lelaki yang tak halal bagi kita, nak cakap something yang sweet pun malu (yang tak bertempat) sebab nanti orang lain dengar. Kalau kita dating dengan lelaki yang tak halal, mesti sentiasa rasa serba tak kena. Kalau duduk kat mall, nanti kawan sekuliah nampak, rasa segan. Nanti kalau orang satu kampung tengok, takut bagitau kat mak ayah. Ini adalah sebuah perasaan yang tak secure.

Tapi, bila kita benar-benar faham sejelas-jelasnya tentang cinta kepada Allah, pasti hati cukup rindu nak berjumpa dengan Allah. Berangan-angan, “Ya Allah, satu hari nanti, tempatkanlah aku di syurga, moga aku dapat bertemu denganMu. Pemilik cintaku yang sebenar.”

Bila kita cinta kepada Allah, kita tak sabar-sabar nak menunggu waktu dating. Dan waktu dating yang Allah wajibkan kita rasa tak cukup. Jadi kita nak tambah lagi dengan solat sunat. Kalau dah rindu yang teramat, kita nak jumpa Allah pada waktu istimewa, waktu di mana orang yang tak cukup cinta kepada Allah takkan ada di sekeliling kita. Satu waktu yang hanya pencinta-pencinta Allah yang tahu dengan tepat, dan faham dengan jelas sahaja yang ada. Waktu di sepertiga malam, waktu yang cukup tenang. Hanya kita dan Dia.

Dan cintanya kita pada Allah, sebut je nama Allah rasa perasaan berdebar-debar.

“Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (Al-Anfal:2)

Dan terkadang pada saat-saat tertentu, bila mana kita sangat-sangat perlukan seseorang, kita sebut je nama Allah, sudah cukup untuk buatkan hati kita tenang. Inilah pemilik cinta kita yang sebenar.

“…Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (Ar-Ra’d:28)

Dan yang paling syok, dengan Allah, kita boleh mintak APA-APA SAHAJA tanpa perlu kita memberi sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Tapi yang lagi best, Allah adalah pemilik cinta yang paling memahami. Dia tak bagi semua yang kita minta. Bukan Allah kedekut. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yang mungkin terkadang kita memberontak sebab tak dapat apa yang kita nak. Dan mungkin terkadang kita rasa nak merajuk. Dan Allah akan pujuk. Dan Dia akan bagi apa yang kita minta pada WAKTU YANG TEPAT, ataupun terkadang Allah berikan sesuatu yang lain daripada apa yang kita minta tapi ITULAH SEBENARNYA YANG TERBAIK BUAT KITA. Pasti hati kita berbunga-bunga mekar dengan kuntuman sakura di dalam hati yang ada taman tu. Pada masa itulah mungkin baru kita akan sedar, siapakah pemilik cinta kita yang sebenar. Pastilah Dia, hanya Dia, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

Lau Kaana Bainana

Selepas Allah, perasaan fitrah ni patut diberikan kepada siapa? Pasti mudah nak menjawab, Rasulullah s.a.w.

Tepat, tapi adakah dengan kefahaman yang jelas?

Kita kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Solat 5 waktu, setel. Jadi, kita dah tunjukkan cinta kita kepada Allah. Tepat setiap waktu solat, tak pernah tinggal.

Jadi, macam mana pulak dengan cinta kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w?

Kita jawab selawat. (Pasti ke setiap hari kita peruntukkan waktu untuk selawat kepada Nabi? Luar daripada waktu solat? Jom sama-sama check diri sendiri).

Cukup ke perasaan cinta kita macam tu je? Rasulullah pemilik cinta kita yang kedua. Sedangkan cintanya Rasulullah pada kita, di saat hampir tiba kewafatan baginda, baginda teringat pada kita, “Ya ummati, ya ummati..” Tapi kalau kita? Mesti kita sebut, “Sakitnya, sakitnya!!”

Jadi, macam mana nak tunjukkan cintanya kita pada Rasulullah. Adakah selawat tu dah cukup?

Kalau cinta, perlu ada bukti! Sedangkan kalau bercinta dengan lelaki yang tak halal, kita sanggup buktikan cinta kita pada dia. Sanggup habiskan duit untuk keluar jumpa dia. Sanggup belikan hadiah birthday dia yang kadang-kadang dia tak belikan apa-apa pun untuk kita sebab nature lelaki yang kadang-kadang tak ambil kisah. Cintanya kita pada seorang lelaki yang tak halal sehingga rela untuk tangan yang suci ini dipegang, diri yang bersih ini disentuh, sedangkan hakikat sebenar bila dia pegang sahaja tangan kita, bila dia berani menyentuh kita bermakna dia menghina maruah dan harga diri seorang muslimah! Dia tak pelihara kehormatan kita sebagai seorang wanita muslim yang sepatutnya secantik mawar berduri, melainkan dia menjadikan kita seperti gula-gula yang tiada pembalut. Yang jika tiba masanya akan jatuh ke lantai dan menjadi kotor. Dan selepas tu, adakah akan datang lelaki yang sanggup nak mengambil gula-gula yang dah dipenuhi kotoran tanah? Ini adalah bukti cinta kita pada dia. Dan dia? Lari mencari gula-gula yang baru.

Di kisahkan pada suatu hari ketika Rasulullah saw bersama-sama sahabatnya seraya baginda bertanya kepada mereka :

“Siapakah yang paling hebat imannya?” tanya Rasulullah. ”Malaikat,” jawab sahabat. “Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.””Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.””Mungkin kami,” celah seorang sahabat.”Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. “Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. “Kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. “Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku,” suara Rasulullah bernada rendah. “Kami juga saudara-saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu dengan berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Rindunya Rasulullah pada kita… Rindunya Rasulullah pada kita. Dan kita?

Lau kaana bainana… Jika baginda berada di antara kita. Sedang menaip sms kepada lelaki yang tak halal bagi kita, kalau baginda berada di antara kita, sanggup tak kita tunjukkan sms yang sedang kita taip tu pada baginda s.a.w? Sedang kita bergayut di telefon dengan lelaki yang tak halal bagi kita, sanggup tak kita teruskan perbualan seandainya baginda berada bersama kita? Sedang kita bukak facebook, tengok gambar-gambar lelaki yang tak halal bagi kita, bersedia ke kita untuk tak tutup apa yang sedang kita buat tu jika baginda berada disisi kita?

Lau kaana bainana, baginda adalah murabbi terbaik, pendidik terbaik. Cintanya kita pada baginda s.a.w, biarlah sehingga setiap apa yang kita lakukan, kita mampu tetap teruskan walaupun ketika sekiranya baginda berada di antara kita.

Biarlah mampu kita juga berkata kembali kepada Rasulullah,

“Ya Rasulullah pemilik cintaku selepas Allah, aku sungguh rindu hendak bertemu denganmu.” Moga kitalah di antara umatnya yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin!

Cinta ini adalah lubuk pahala

Dan tibalah saatnya untuk kita berikan cinta ini kepada pemilik yang seterusnya. Hanya kepada si dia, yang halal.

Bila baju melayu bertemu baju kurung. Hati bergetar. Terasa perasaan yang berlainan. Adakah itu cinta, mungkin ya. Jadi, adakah ia salah?

Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.

Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.

Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNya ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah?

Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas Allah dan RasulNya.

Bagi yang sedang bercinta dengan seorang lelaki yang belum halal bagimu, jika belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, kuatkanlah diri, pilihlah untuk mengakhiri percintaan yang salah. Takut? Percayalah, Allah akan beri kekuatan. Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah.

Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. “Prayer is the best armor against all trials”.

Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.

Bila baju melayu bertemu baju kurung, biarlah hanya untuk yang halal.

Takdir yang sempurna

Salam.

Okeh. Entry ni patut pendek je. (Kalau panjang jugak, tak tahu lah. =p) Sebab perlu kembara mimpi awal, esok kena bangun awal, akan berkembara bersama bakal-bakal mad’u baru. Moga ada hati-hati yang tersentuh. Amin!

Tarikh 23.11.11- Alam menjadi saksi berserta makhluk ciptaanNya, dua hati yang bersatu atas sebuah perjanjian yang kuat. Moga sentiasa berada dalam barakah Ilahi. Sampai ke syurga. Amin!

Selangkah ke gerbang perkahwinan. Jika ditanya, siapa yang tak nak berkahwin, sedangkan Rasulullah sendiri pernah mengatakan bahawa siapa yang tak ingin berkahwin, bukanlah dari kalangan umatku. Dan keinginan ini adalah satu perasaan fitrah.

Cepat atau lambat, segalanya akan sepenuhnya bergantung kepada satu kata. Takdir. Atau bahasa yang lebih mudah- jodoh. Dan selagi belum sampai tikanya, adakah kita tahu kita ini (akhawat) adalah tulang rusuk kepada siapa? Tidak. Sebab itu semua adalah rahsia ketetapan Ilahi.

Saya sendiri secara peribadi suka mendengar akhawat bercerita tentang perkahwinan, kerana ia memberi gambaran yang cukup cantik dan indah tentang sebuah perkahwinan yang bukan bermula di atas rasa cinta kepada si dia semata-mata. Sebuah baitul muslim yang dibina semata-mata untuk mengejar keredhaan Allah.

Tapi terdapat sesetengah persepsi bahawa jika belum sampai ke tahap tertentu, usia tertentu, keadaan tertentu, atau belum terlibat dalam proses BM, janganlah terlalu excited untuk mendengar cerita-cerita sebegini. Saya sendiri pun pernah mempunyai persepsi begitu, sampaikan nak baca buku tentang perkahwinan pun rasa takut-takut. “Isk, nanti nampak macam nak kahwin sangat dah.” Jadi, adakah salah perbuatan sebegini?

Dan saya bertanya soalan ini kepada seorang akhawat. Dan diperdengarkan dengan sebuah kisah menarik. Seorang akhawat lain (yang kini sangat saya kenali dan merupakan murabbi yang saya hormati, yang saya sayangi, yang banyak membantu saya sepanjang pulang ke Malaysia sebelum benar-benar dapat bergerak. Terima kasih akak, dengan bantuan akaklah dapat saya menapak di jalan ni dengan begitu tabah) telah menimba ilmu tentang baitul muslim seawal usianya 16 tahun. Dan bila diteliti kehidupannya kini, subhanallah, menjadi teladan untuk pembinaan sebuah baitul muslim, pendokong kuat zaujnya, seorang yang sangat hebat di jalan dakwah.

Jadi, adakah sebulan nak kahwin barulah boleh menuntut ilmu-ilmu sebegini?

Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitul muslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara- takdir Tuhan. Dan adakah takdir setiap manusia adalah sama? Adakah impian untuk membina baitul muslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitul muslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu MENIKAH DI JALAN DAKWAH?

Kisah 1:

Seorang ukht, alhamdulillah jodohnya ditetapkan awal oleh Allah. Menikah dengan seorang ikhwah. Yang kelihatan mantap di jalan dakwah. Gerak dakwah berterusan selepas perkahwinan sepertimana sebelum menikah.

Namun kini kedua-duanya berhenti daripada terus bersama gerabak. Silapnya di mana? Wallahu a’lam. Allah lebih tahu apa yang terjadi di tengah perjalanan perjuangan.

Kisah 2:

Seorang ukht. Dah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah.

Sehingga sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah permintaan berbaitul muslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.

Bila ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata, “kerana akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu ikhwah sampai bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung kepada siapa yang kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa sahaja, asalkan dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Tu prinsip akak.”

Kisah 3:

Seorang ukht. Tetap juga menunggu beberapa tahun sehingga lewat 20-an. Akhirnya datang lamaran daripada seorang lelaki, yang bukan seorang ikhwah. Dan keduanya bertunang.

Beberapa bulan selepas pertunangan, datanglah beberapa risikan daripada ikhwah melalui mak usrahnya. Namun takdir mendahului, sudah menjadi tunangan orang, yang bukan seorang ikhwah.

Dan kini, alhamdulillah ukht tetap bergerak, dan mendapat sokongan zaujnya walaupun bukanlah seorang pendokong. Namun tetap seorang penyokong yang baik.

Kisah 4:

Seorang ukht. Seorang penggerak yang sangat aktif di medan. Tapi jodohnya berakhir dengan seorang lelaki yang bukan merupakan seorang ikhwah. Yang menghalangnya daripada bergerak dengan alasan, “mentarbiyyah anak-anak di rumah sudah memadai”.

Dan sahabat saya bertemu dengannya dalam sebuah program untuk anaknya baru-baru ini. Melihat kami, dengan wajah yang sayu, “akak rindu nak join tarbiyyah” katanya dengan pandangan mata yang berkaca.

Kisah 5:

Seorang ukht, yang mempunyai impian seperti akhawat lain, menginginkan sebuah baitul muslim yang indah dengan ikhwah. Yang masih bujang.

Akhirnya datang sebuah lamaran, daripada seorang ikhwah, melalui isteri pertamanya. Perempuan mana yang ingin dimadukan? Benar, ini bukanlah kesalahan, malah Rasulullah s.a.w pun bermadu. Tapi fitrah naluri seorang perempuan tetap sukar untuk menerima.

Namun istikharah menjadi penolong, hati tenang untuk menerima, dan hubungannya dengan isteri pertama sangat rapat. Cemuhan awal orang-orang sekeliling akhirnya terdiam dengan melihat mereka sebagai satu pasangan bermadu yang seharusnya dicontohi dan dihormati.

Dan dia tetap bergerak di arus risalah bertemankan zauj yang tetap mendokong dan menyokong berserta juga isteri yang pertama.

Kisah 6:

Seorang ukht, berkahwin dengan seorang lelaki, bukan ikhwah. Namun si suami tidak membenarkan dia bergerak. Dan akhirnya ukht memilih untuk tetap berada bersama risalah. Dan mereka berpisah. Ukht membesarkan anaknya sendiri.

Dan kini, anak-anaknya merupakan rijal-rijal yang hebat dalam gerak dakwah di sebuah tanah yang subur. Yang pernah dijejaki para nabi terdahulu.

Memilih takdir yang sempurna

Kisah-kisah di atas bukanlah kisah rekaan melainkan kisah realiti yang ada. Yang diceritakan pada saya. Dan ada salah satunya baru diceritakan pagi tadi semasa pergi berbincang dengan murabbi tentang program NAZIM. Demam yang sudah sedikit kebah terasa hangat kembali bila menyentuh perkara-perkara sebegini (Peningnya kepala). Perbincangan aulad berakhir dengan perkongsian baitul muslim. (Adeh, saya rasa lepas ni saya patut pilih KRIM atau PEMBINA. Untuk jauhkan diri daripada persoalan-persoalan berkaitan rumahtangga)

Akhir kata, apa yang cuba saya sampaikan (hajat di hati nak tulis pendek, dah jadi panjang pulak. haish), satu janji yang pasti. Takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang kita betul-betul inginkan- adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan hubungan, atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian, atau ianya sebuah baitul muslim untuk kelangsungan perjuangan dakwah.

Wallahu a’lam

Fitrah Kebahagiaan

Semalam, tengah-tengah duduk menaip kat laptop (macam biasa la, keje saya memang sentiasa depan laptop pun. heheh..) di ruang tamu, tiba-tiba abah datang letakkan sebuah buku kat sebelah saya. Saya pun tengok buku tu, lepas tu beralih pandangan pada abah dengan mata yang sedikit mengecil (nak tulis dahi berkerut, tapi tak reti nak buat dahi berkerut sangat. Muda lagi kan.. =p). Abah pandang saya sekilas, lepas tu berlalu pergi ke depan TV tanpa kata apa-apa.

“Pelik pulak abah aku ni,” saya kata, tapi dalam hati je lah. Saya pun tengok lah tajuk buku yang abah letak tu. “Qalbu Mutma’innah: Motivasi Membina Hati Yang Bahagia”, tulisan Ahmad Abdullah. Erk..

Saya rasa pelik. Nape abah bagi buku ni? Dah la tak kata apa-apa. Em.. Abah tengok anak dia ni tak bahagia, ek. Huhu..

Saya pun terus masuk bilik kakak, tengok cermin. Sebab bila tak bahagia biasanya sebab sedih, dan bila sedih orang kata biasanya akan makin kurus. Emm.. tapi saya tengok sama tembam je. Selera makan makin bertambah je. Sekarang demam ye lah kalau tak sihat sikit, muntah-muntah pun biasalah. Lagi-lagi kalau gastrik sebab stress. Tapi timbang berat, tengok sama je…. berat jugak. Mata bengkak sebab nangis? Em.. Dah ok dah rasanya. Takdelah rupa bola golf sangat.

Jadi, nape abah bagi buku ni? Hmmm.. firasat seorang ayah barangkali..

Ianya fitrah

Kalau sebut tentang kesedihan, berapa ramai orang dalam dunia ni tak pernah bersedih. Saya sangat pasti 99.9% manusia mesti pernah bersedih. 0.1% tu untuk baby. Nangis pun bukan sebab sedih, tapi sebab lapar atau tak selesa, nak tukar lampin! Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah mengalami tahun kesedihan. Dan adakah Rasulullah suruh kita tahan kesedihan? Tak, Rasulullah tak larang sebab kesedihan tu adalah satu emosi fitrah. Cuma perlu tahu had-hadnya untuk bersedih.

Jadi, macam mana nak setelkan masalah-masalah ni. Bagi seorang muslim, yang mempraktikkan Islam, sangat lah mudah. Kembali kepada Pencipta- 13:28. Dan boleh kita sama-sama ingat kata-kata Rasulullah pada Saidina Abu Bakar dalam gua Thur masa peristiwa hijrah, “La tahzan, innallaha ma’ana.”

Saya tak nak ulas ayat-ayat kat atas, sebab semua orang boleh je google terus. Banyak je entry yang citer bab-bab ni. Tapi saya cuma nak sentuh satu kata- fitrah.

Dan fitrahnya, kita ni tetap manusia biasa. Yang bukan macam komputer. Select dan delete hal-hal tertentu yang tak diingini dan terus empty the recycle bin. DONE!

Tak boleh. Sebab manusia ni kadang-kadang (atau selalunya) akan terjerumus dengan satu masalah- Sometimes we forget what we want to remember, and sometimes we still remember what we want to forget.

Tabiat yang bermanfaat

Bila seseorang bersedih, dia mesti ada tabiat-tabiat tertentu. Ada yang menangis bawah selimut atau bilik air (penatnya nak nangis banyak-banyak! Mata bengkak, kepala sakit, badan dehydrated akibat kehilangan banyak cecair dari badan.. huhu.. tahu ke apa makna dehydrated? Nyahhidrat-google translate. =p), ada yang duduk berkurung dalam bilik tak nak keluar-keluar (oh, saya pernah buat macam ni satu malam. Tak nak keluar bilik langsung. Sebab sedih, kucing kesayangan mati kena langgar kereta emm… lebih kurang 4 tahun yang lalu. Siap saya kata, “biar yang langgar uyad tu [nama manja kucing saya, nama sebenarnya murad] mati kena langgar jugak!” Astaghfirullahal ‘azhim. Tak baik tau doa benda-benda yang tak elok kat orang. Tapi ni masa dulu, masa tak ditarbiyyah lagi. Sekarang dah insaf dah. Takmo doa benda-benda tak elok. =) dan macam-macam lagi. Ni satu tabiat yang meng”affect” diri sendiri.

Ada jugak tabiat orang yang tengah sedih ni, meng”affect” diri sendiri dan orang lain tapi ke arah keburukan. Contohnya, bila dia sedih, dia pergi jalan-jalan, beli-belah tingkap (window shopping) dan ada jugak yang literally shopping. Habiskan duit sendiri dan mungkin jugak duit orang lain yang dia ajak teman dia pergi jalan-jalan.

Dan ada jugak tabiatnya pergi tengok cerita atau drama. Yang tak bestnya pergi tengok citer-citer korea, jepun. Tak ke lagi menyeksakan diri. Hah! Pergi tengok “one little of tears” tu. Berbaldi-baldi boleh nangis. Ya Allah, seksakan diri aje. Adoi..

Kalau saya, saya ada 5 tabiat yang selalu saya akan buat kalau saya sedih.

1. Nangis (obviously! Saya seorang perempuan, yang fitrah jiwanya sensitif. Jadi, tipu lah kalau saya tak nangis kan)

2. Tidur (nak lupakan sementara kehidupan realiti)

3. Dengar lagu (lagu nasyid la. Yang mampu mententeramkan jiwa. Dah memang set kat satu playlist. Ni tak, yang pergi dengar lagu omputih yang lagi serabutkan jiwa, apesal? Lagi satu, pergi dengar lagu-lagu putus cinta. Aduh la. Saja nak menambahkan masalah dalam jiwa!)

4. Menulis (macam yang saya buat sekarang.. (^.^)

5. Mengemas!

– Saya nak citer no 5 je. Mencari tabiat yang bermanfaat. Kalau sampai ke satu tahap, saya akan pilih tabiat no 5. Jadi, habislah satu rumah di kemas: kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, basuh pinggan (dengan sinki sekali saya basuh), lap dapur, masak, dan paling terbaru, cuci kereta. Huhu… ma balik pun terpegun dan kagum. Rajinnya anak dara aku- Tapi 1 hari tu je la paling rajin, hari-hari lain berkadaran =p. Jadi bila saya dah buat semua ni, saya rasa puas hati bila tengok semua ok, dah takde pandangan-pandangan yang menyerabutkan mata. Hilang rasa sedih, rasa serabut. Bermanfaat untuk saya dan pada masa yang sama, bermanfaat untuk orang lain jugak. Kan Rasulullah pernah bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia (lain)[1]

Orang-orang sekeliling

Saya selalu pegang satu prinsip dalam hidup. “Jangan selalu susahkan orang lain.” Sebab tu seboleh mungkin, kalau mampu saya buat sendiri sesuatu tanpa memerlukan bantuan orang lain, saya takkan mintak bantuan orang lain (melainkan sangat-sangat terdesak dan dah takde jalan lain).

Saya memang sangat-sangat tak suka kalau saya menyebabkan orang lain susah. Sangat-sangat tak nak. Kalau saya susah sebab orang lain, saya tak kisah. Tapi kalau sebab saya, orang lain dapat susah, saya akan betul-betul rasa bersalah. Pada diri sendiri dan jugak orang lain. Dulu saya ingat, prinsip ni sangat bagus untuk semua keadaan, rupa-rupanya perlu ada kelonggaran pada tahap-tahap tertentu. (Dan saya dididik untuk pandai gunakan prinsip ni pada tempat-tempat yang sepatutnya lebih-lebih lagi dengan tarbiyyah yang mengajar saya satu kata yang cukup indah, “risalah ini kita tanggung bersama” (Winter Trip 2010) Alhamdulillah)

Tapi kalau dengan keluarga sendiri, lebih-lebih lagi dengan ma dan abah, saya betul-betul tak suka susahkan ma dan abah. Jadi, bila semalam abah bagi buku tu, buatkan saya terfikir. Adakah saya dah menyusahkan ma dan abah dengan membuatkan ma dan abah bimbang? Bimbang dengan anaknya. Bimbang saya tak bahagia, kah? (hehe.. refer kepada tajuk buku)

Jadi, apa yang patut saya buat. Tak nak keadaan diri mempengaruhi orang-orang di sekeliling. Walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Mudah, guna 1 tip saja. SENYUM. Sebab saya tahu dan sangat-sangat pasti, SENYUMan saya (yang manis ni.. ahaks.. perasan. =p) akan mampu menenangkan hati ma dan abah, sahabat-sahabat dan orang-orang sekeliling.

Senyumlah walau hati kita sedang terluka. Moga dengan menggembirakan hati orang lain, kita pun turut sama merasa bahagia.

Kalau boleh, kesedihan kita tak perlulah sehingga menyebabkan orang lain pun terlibat sama. Kita dah cukup besar dan matang untuk fikirkan solusi terbaik untuk diri sendiri tanpa perlu menarik orang-orang sekeliling ke dalam permasalahan kita yang terkadang tak lah besar mana. Dan kalau perlu, barulah berkongsi dengan orang-orang tertentu (bukan semua orang tau!) yang kita betul-betul thiqah dengan mereka, yang mampu menjadi pendengar setia dan mungkin boleh berikan solusi yang baik buat kita dan kita boleh terima solusi tu dengan hati terbuka.

Yang pasti, Dia rindu

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Bait-bait lagu ni sebenarnya dah cukup untuk menjelaskan kepada kita apa makna sebenar disebalik setiap ujian yang menimpa kita, yang akhirnya menyebabkan terbitnya perasaan fitrah itu iaitu kesedihan.

Allah tu kan, sebenarnya Dia benar-benar rindu pada hambaNya. Sebab fitrah manusia ni yang selalu lupa bila dibiarkan dalam kenikmatan. Tanya pada diri sendiri:

– Bila kita happy, kita bahagia, banyak mana kita ingat pada Allah. Banyak mana kita sebut nama Allah. Banyak mana kita ucapkan syukur atas setiap pemberianNya? Dan kalau kita sebut hamdalah sekalipun, adalah hamdalah kita benar-benar menyentuh hati sendiri untuk mengatakan syukur ini benar-benar kerana Allah? Atau hamdalah tu hanyalah sebutan yang keluar sebagai satu rutin di bibir? (Macam baca hamdalah selepas makan tanpa betul-betul menghayati makna kesyukuran atas pemberian rezeki Allah)

– Bila kita dalam keadaan bahagia, dan kita solat. Berapa kali mampu kita menangis di atas tikar sejadah kerana sayang pada Allah? Berapa kali kita mampu menangis di atas tikar sejadah kerana syukur atas setiap nikmat kurniaan Allah? Berapa kali mampu kita menangis di atas tikar sejadah kerana nak Allah ada di sisi kita? Pernah ke? Susah, kan?

Jadi, bila kita mampu balas kerinduan Allah pada kita? Allah dah rindu sangat-sangat dah ni!

Dan bila kita dilanda kesedihan, terkadang kita rasa kita perlu cari seseorang. Nak share, nak cerita. Bukannya nak penyelesaian semata-mata. Cuma nak cari seorang pendengar setia yang memahami. Tapi kadang kala takde seorang manusia pun yang benar-benar faham kita. Ataupun kerana sikap manusia yang suka menilai, dia rasa masalah kita ni kecil dan tak perlu la nak duk sedih atau rasa susah hati sangat.

Di sinilah, akan terbit jauh di sudut hati kita, kita perlukan sebuah pergantungan yang ultimate.

“When you have nothing left but God, then for the FIRST TIME you become aware that God is enough.”

Dan bila kita sedih, selalunya kita tak boleh tidur kan. Sebab fikirkan banyak sangat perkara. Tapi rupanya, Allah tahu keadaan kita. Allah tahu keperitan hidup kita. Walaupun masa nak lena pun dah pukul 2 pagi, kita rasa kita tak larat nak bangun qiam. Dengan badan tak sihat, dengan kepala yang pening. Tapi Allah lagi Maha Mengetahui. Dia tahu, kalau kita jumpa Dia, berbicara dengan Dia, kita mampu bercerita semua perkara. Dan Dia akan membuatkan kita terjaga tanpa dirancang. Dan Allah akan kejutkan kita dari lena didinihari, tika ayam belum berkokok, tika orang lain masih lena, untuk kita dating dengan Allah. Hanya berdua. Dan bila ketenangan tu menyapa, kita PASTI akan rindu untuk bertemu dengan Dia lagi. =)

Yang pastinya Dia rindu untuk dengar kita meminta hanya padaNya. Dan kita akan semakin rindu untuk bertemu denganNya. Rindu yang kita yakin akan berbalas.

“Ya Allah, aku rindu. Rindu yang teramat.”

Dan sebenarnya, apa-apa pun yang terjadi dalam hidup kita, perkara pertama yang perlu kita buat hanyalah mencari Dia. Dan bicaraNya adalah merupakan kata-kata terbaik sebagai petunjuk jalan bagi yang mencari cahaya ketenangan dan kebahagiaan.

Oh Allah…

I told you: I’m in pain

You said: “…Do not despair of the mercy of Allah” (39:53)

I told you: Nobody knows what is in my heart

You said: “…Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest” (13:28)

I told you: Many people hurt me

You said: “…So pardon them and ask forgiveness for them…” (3:159)

I told you: I feel I’m alone

You said: “…We are closer to him than [his] jugular vein” (50:16)

I told you: My sins are so many

You said: “And who can forgive sins except Allah?” (3:135)

I told you: Do not leave me

You said: “So remember Me; I will remember you…” (2:152)

I told you: I’m facing a lot of difficulties in life

You said: “…And whoever fears Allah – He will make for him a way out.” (65:2)

I told you: I have many dreams that I want to come true

You said: “…Call upon Me; I will respond to you…” (40:60)

Nota hati: Dalam kesedihan, pasti akan terselit kebahagiaan. Kebahagiaan kerana kita yang dipilih untuk dirindui Tuhan. Kebahagiaan untuk kembali dekat dengan Ar-Rahman Ar-Raheem. Yang Maha Pemurah, dan Maha Penyayang. Yang pasti, inilah kebahagiaan hakiki. Dear Allah, thank you for being there when nobody else was.

Nak kongsikan salah satu daripada lagu dalam playlist. Duhai hamba Ilahi, selamat mencari kebahagiaan hakiki. ❤

Stop, Think, Re-start

Dah lama tak menulis secara santai. Seriousssly, sesantai yang mungkin. Dulu terasa penulisan ni adalah satu cara untuk mengubat jiwa andai kesedihan. Sebab saya bukan jenis orang yang pandai nak berkata-kata secara terang-terangan. Tapi melalui penulisan, semua benda jadi senang. (aaaaarrrggghh.. ni tak cukup santai lagi!!!!).

Dulu tulis, bila rasa nak menulis, tak terikat pada mana-mana pihak. Tak perlu ada sebarang komitmen. Jadi terasa bebas. Tapi sekarang, bila saya decide untuk mula serius dalam penulisan, tiba-tiba semua masalah datang. Dari semua pihak. Dari semua arah. Fizikal, mental, jiwa. Dan saya rasa sepanjang bulan Disember ni bagai 1 bulan yang meragut-ragut jiwa dan hati saya sebagai seorang manusia. Jadi, saya fikir, macam biasa, kalau nak menenangkan diri, saya akan menulis lagi. Tapi sekarang, bila saya nak menulis pun dah takde rasa dah. Mood dah hilang. Jiwa kering. Lebih-lebih lagi bila dah terikat dengan komitmen penulisan. Rasanya dah hampir dua minggu saya tak menyentuh penulisan-penulisan saya. Biarkan ia sepi dalam folder masing-masing. Arrrgghhh… serabut!

Patutlah penulisan ni dipanggil jihad penulisan, akan sampai di satu tahap, saya perlu melawan kemalasan ni, ketandusan idea ni. Mungkin tiba masanya untuk saya gunakan formula lama: Stop, think, and re-start again.

Sebenarnya niat kat hati nak menulis hal lain. tapi lain pulak jadikan. Hmm.. biarkanlah.

(Atas tu sebagai selingan je, ye. Terima kasih! Mulakan isi yang terisi sikit. Taknak cerita pasal saya. Takde orang kisah pun)

Ok, penulisan kali ni atas ilham luahan hati sahabat-sahabat. Terima kasih kerana sudi berkongsi kebimbangan. Terima kasih kerana sudi memberi kepercayaan kepada saya untuk mendengar permasalahan-permasalahan beberapa keping hati. (Saya dah mula fikir nak tukar profession jadi pakar kaunseling. Heheh! I think I really suit the position!!  =)

Buat yang sedang di tarbiyyah. Lebih-lebih lagi jika anda ditarbiyyah di luar daripada Bumi yang dipanggil Malaysia terchenta. Sekarang dah hujung tahun. Musim BFG aka Back For Good. Jadi, bagi yang dalam tarbiyyah, perkataan biasa yang sering dibimbangi adalah F.U.T.U.R.

Dulu, bagi saya, bila kita asyik duk sebut futur kan, saya selalu nak pegang kata-kata ni: “Kita adalah apa yang kita katakan.”

Jadi, saya tak nak selalu sebut sampailah saya baca entry seorang murabbi. “Tak salah kalau kita nak sebut. Sebab apa? Sebab maknanya kita betul-betul aware dengan kewujudan “futur” dan makin banyak kita sebut, makin kita bimbang benda tu akan jadi pada kita. Tapi yang menjadi kesalahan adalah bila mana kita tahu “futur” tu wujud atau makin dekat dengan kita tapi kita tak buat apa-apa pun untuk halangnya daripada makin dekat pada kita.” Hah! Lebih kurang macam tu la. Exact ayat saya dah tak ingat. Saya ada save kat laptop lama. Malas nak bukak. =)

Suka bila baca kat walls akhawati yang dah nak BFG akhir-akhir ni- “Moga terus tsabat”. Sebab saya pun pernah jugak menconteng dan diconteng wall saya dengan ayat tu. Dan masih pun menulis dan ditulis begitu.

Salah ke tulis macam tu? Tak lah. Tak salah. Saaaaaangat betul. =) Tapi yang tak bestnya macam saya tulis kat atas- bila kita tak buat apa-apa pun untuk halangnya daripada makin dekat dengan kita. Jadi, apa yang penting?? Kerjasama! BUKANLAH!!! Apa yang penting? PLANNING sebelum sampai ke bumi Malaysia dan HUSNUZZHON DAN SABAR DAN SEMANGAT- Bila sampai kat Malaysia. Nape saya sebut tiga hal ni? Em… tak nak cerita lagi. Balik dulu, rasa sendiri, lepas tu faham la. (Kalau saya rajin, saya tulis la lain kali. Sekarang sangat tak rajin sebab banyak benda kena buat tapi saya tak nak buat lagi. Sebab tengah dalam fasa stop, think. Tolong jangan ganggu fasa stop, think saya. Kalau tak, saya pergi menyorok kat hujung dunia lagi. Hmm..Arrrgghhh.. xmo cakap tentang diri saya laaa!!)

Walaupun saya nampak bersemangat je duk kaunseling sahabat-sahabat tentang bab-bab tarbiyyah bila dah bfg ni kan, duk semangat doakan moga terus tsabat kan (bukan saya nak sangat bagi kaunseling ni, jauh kat sudut hati, takut bila orang mintak pendapat, sebab saya takut dengan peringatan Allah, jangan katakan apa yang tak kamu kerjakan. Tapi sebab dah ada yang tanya, saya pun sharelah. Tapi jalan terbaik, baik bertemu dengan mak-mak usrah yang dah mantap. Tu lebih afdhal dan lebih baik nasihatnya, insyaAllah), saya sendiri admit yang ada je ketikanya saya rasa lemah.

Kita ni manusia biasa. Mehnah Allah tu datang bila-bila masa, lagi-lagi bila dan bfg, bi’ah yang buat kita dekat dengan tarbiyyah dah takde. Jadi, bila balik rumah, kita kena bina balik bi’ah tu sendiri. Mujahadah lagi. Mehnah dalaman. Ditambah dengan mehnah luaran pulak, orang-orang sekeliling, keadaan Malaysia,  nak bergerak kadang-kadang tak dapat (nak cite kat entry lain la, kalau rajin. Sekarang malas! Heh!), duit (kat Malaysia sangat banyak kena guna duit. Biasiswa dah tak dapat, keje tak lagi, nak call mad’u yang makin bertambah, duit simpanan dan makin sikit, takkan nak bergerak asyik mintak duit mak ayah etc panjang nak cite. Lain kali la, kalau rajin. Sekarang malas!).

Dan Allah ni kan Maha Mengetahui. Paling best bila Dia uji kat part yang paaaaaaaaling kita lemah. Jadi buatkan semua kalah. Semangat kita luntur, iman kita mula turun naik, nak cuba dapatkan sokongan daripada akhawat lain, dah la takde depan mata, mesej pun kadang-kadang tak reply. Akhawat ni,kan suka mesej sesuatu yang mungkin bagus-maksudnya tentang kehebatan tarbiyyah. Tapi mungkin kadang-kala, 1 mesej simple dah cukup menenangkan perasaan seorang ukhti yang sedang dalam perjuangan, yang pasti ada sakitnya, ada sedihnya, ada mujahadahnya. 1 mesej yang cukup pendek, tanpa perlu cakap tentang program-program ni. “Ukhti ok?”- Tak kisahlah dia tengah ok atau tak, tapi bagi saya mesej yang pendek macam ni pun dah cukup membuatkan hati tenang. Haha.. tak tahu la kalau saya je yang suka terima mesej saja-saja macam ni. (Tapi terkadang semua sibuk dengan mujahadah masing-masing. Takpe, kalau saya pun ada jugak mesej yang tak terbalas. Sebab kredit takde. =)

Ok lah. Dah melalut. Sebab tu saya nak cuba kurangkan tulisan-tulisan santai macam ni. Jauh sangat berjalan. Ok, balik ke point asal.

Nak cakap pasal futur sebenarnya.

Emm.. jadi, bila saya tengah dooowwwnnn sangat-sangat. Bila saya rasa sedih sangat-sangat. Adakah saya dikira futur???

Saya nak guna definisi futur saya sendiri iaitu futur bagi saya adalah bila saya memang dah CONFIRM tak nak dah ikut jalan ni. Tak nak buat apa-apa dah untuk T & D. Jadi, bila saya lemah semangat, saya bukan dah futur, cuma menghampiri futur, tapi pada level-level tertentu. Lepas tu, saya cuba sedaya upaya akan kuatkan semangat balik. Ni definisi saya.

Tapi, ada sampai ke satu tahap dalam kehidupan kita, bila kita diuji pada bahagian yang paaaaaaaling kita lemah. Kita tahu kita lemah part tu, dan Allah lagi Maha Mengetahui. Dan kita diuji di situ. (Terkadang kita cakap kat Allah, uji lah yang lain. Jangan yang ni. Tapi Allah kan Maha Mengetahui. Dia dah tahu part lain kita dah ok, buat apa nak uji bahagian yang dah HD??? Supplement paper untuk F1 saja. Kalau F2, repeat year la.)

Jadi bila kita dah lemah, kita tak nak buat apa-apa. Mungkin nilah masanya nak guna formula saya. Stop, think, re-start. Tapi, yang tak bagus kalau ambik yang pertama je. STOP. Tak nak THINK. Tak nak RESTART.

Paling tak best, bila jadi macam ni, kita salahkan tarbiyyah. Sebab Allah kata, Allah akan uji sesiapa untuk naikkan darjatnya. Lagi nak dinaikkan darjat, lagi kuat la ujianNya. (Jadi, kita pun fikir, maknanya kalau aku tak hebat pun dalam tarbiyyah, aku takkan dapatlah ujian seberat ni [bagi kita berat, tapi bagi orang lain mungkin biasa-biasa. Eh, kena ingat, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Jadi akhawati, jangan sesekali bandingkan masalah orang lain dengan diri kita, jangan terdetik pun pada hati kita “La.. masalah macam ni je. Kecik je.” Jangan sekali-kali. Kena selalu ingat, setiap orang ada subjek kegemaran masing-masing. Ada kekuatan pada tempat yang berbeza-beza, ok?]. Jadi, kalau tak de dalam T & D, mungkin kita tak perlu rasa sesakit ni, sesusah ni.) Jadi, nak STOP. Teruskan hidup macam orang lain disekeliling. Tengok bahagia je. Tak buat apa-apa yang salah pun dari segi Islam. Dah tak larat dah dengan semua benda ni.

Em.. Allah tu sweet, kan? Pernah tak terasa Allah berbicara dengan kita? Kalau kita buat salah, pernah tak kita ditegur Allah. Teguran terus dengan kejadian-kejadian tertentu? =) Mungkin ada, tapi kita tak nak THINK. Tak nak fikir tu adalah bicara Allah pada kita. Tak nak fikir kejadian tu adalah teguran Allah pada kita.

Hidup ni tiada istilah kebetulan.

Saya tak tahu orang lain macam mana kehidupan masing-masing. Tapi bagi saya, Allah sentiasa menegur saya. Kadang-kadang keras. Dan saya rasa sakit, saya rasa sedih. Dan saya akan menangis. Tapi akan terus buatkan saya THINK dan sedar. Ada silap saya. Tu kalau saya buat silap. Kalau saya lemah semangat pun, Allah terus datang berbicara dengan saya. Buatkan saya THINK dan sedar yang Allah sentiasa ada rupanya tengah memerhatikan saya.

Bicara Allah bukanlah dengan kata-kata (Maha Suci Allah daripada apa yang sama dengan sifat manusia). Teguran dan bicara Allah datang daripada peristiwa-peristiwa yang datang dalam kehidupan. Sama ada melalui kejadian tertentu, atau pun melalui manusia biasa.

Berbalik kepada point asal (aaaaaaaaaaaaaa… sori!! melalut lagi), bila kita rasa kita dah tak nak dah kat jalan ni. Tak kisah lah orang kata dengan kita atau tanpa kita, gerabak tu akan tetap berjalan, tak kisah lah macam mana perumpamaannya lagi, kita dah penat. Dah lelah. Kita dah tak terasa apa-apa. Tak tahu kita ni tengah buat apa sebenarnya? Kita betul-betul nak STOP. Sebentar atau mungkin selamanya.

Tapi Allah datangkan bantuan. Email tiba-tiba penuh, telefon daripada akhawat yang tiba-tiba, sms mad’u datang ber”tet-tet”. Taklifan datang bertalu-talu. Program-program tarbiyyah bersusun-susun, dan kita patut mula THINK. SEMUA TU TAK DATANG SECARA KEBETULAN MELAINKAN ALLAH SEDANG MEMBERI BANTUAN. Sebab apa? Sebab Allah sayang kita. Tak nak kita jauh daripada kebenaran. Tak nak kita quit daripada apa yang Rasulullah buat.

Tapi, ya Allah, aku dah tak larat. Ujian ni berat sangat. Rasa dah tak mampu. Dunia ni sangat menyakitkan….

Walaupun kita tahu Allah takkan bebankan seseorang melainkan dia mampu. Tapi, kita rasa kita tak mampu! (haish… ni namanya degil. Tak nak dengar cakap.)

Jadi, apa kata kita STOP sekejap. Dan jom berbicara dengan Allah kembali, aku patut buat apa sekarang ni, ya Allah? (Ayat ni saya baru baca tadi masa Maghrib, sebab saya pun perlu jugak berbicara dengan Allah. Tak mencari, tapi Allah yang bagi, melalui qalamNya)

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.”

“Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat, di dalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta”

“Sebagai penghormatan (bagimu) dari (Allah) Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?”

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman setia.”

“Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”

“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Dan sungguh Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”

(Fussilat:30-36)

Now THINK, then RE-START. jom..

Wallahu a’lam.

Alkisah: Allah atau batu?

Ada seorang sahabat Nabi tengah buat rumah. Tiba-tiba dia terdengar azan lalu berhenti untuk solat berjemaah walaupun hanya tinggal seketul batu sahaja lagi nak diletakkan untuk siapkan rumah tu. Lalu seorang sahabat yang lain menegur, “kenapa kamu tak siapkannya, tinggal satu batu saja lagi…”. Sahabat tadi tak menunjukkan sebarang tanda marah dan dia berkata pada sahabatnya, “aku takut nanti jika Allah tanya di akhirat mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?” dan seterusnya mengajak orang itu ke masjid…