Semangat yang hilang

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur mana pun
Jasad aku ditanam
aku…akulah jua…

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang
Semangat yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Pertama kali mendengar lagu yang dinyanyikan oleh para senior di Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu, ketika berada di Tingkatan 1. Kagum dengan senior-senior yang mendendangkan lagu ini sebab menurut senior perempuan yang berada berdekatan dalam Dewan Gemilang itu, kebanyakkan yang menyanyikannya terdiri daripada pelajar-pelajar yang nakal. Namun, bukan para senior yang menjadi tumpuan (walaupun kelihatan beberapa orang pelajar perempuan tersenyum-senyum. Ahh, biasalah jiwa remaja yang penuh dengan taman di hati), tetapi bait-bait lagu ini yang melekat di ingatan saya. Lagu yang cukup tepat untuk menutup minggu orientasi pelajar Tingkatan 1 bagi sesi tahun 2000.

Itu kisah 11 tahun yang lalu. Tapi, hari ini lagu yang sama kembali menyapa memori. Mungkin atas rentetan “kejadian” seminggu yang lalu. Dan juga “sesuatu” yang saya “baca” pada hari ini.

Dulu, saya yakin dirinya seorang yang bersemangat. Yang paling manis, kerana semangat yang terlihat adalah semangat untuk menyumbang dalam amal di medan. Medan yang disediakan Allah buat insan-insan pilihan.

Indah, kan? Bila kita di antara yang terpilih. Dan sehingga kini kita tetap berada di jalan yang sama.

Tapi kini, tiba masa untuk membuat pilihan sama ada ingin terus berjalan di sini, atau mengambil jalan yang lain di persimpangan. Tak ingin menulis tentang duri-duri yang terbentang di jalan, kerana dia pasti tahu. Tak ingin berbicara tentang karpet merah yang tiada terbentang, kerana pasti dia yang lebih tahu kerana langkahnya yang lebih awal mendahulu.

Dan kisahnya banyak diceritakan oleh orang-orang tertentu. Mujahadah yang dirinya sendiri yang menanggung, jadi sakitnya hanya dia yang tahu. Tapi bila dia tetap memilih jalan yang satu, saya turut kagum. Semangat yang dia ada, saya ingin turut sama menyokong, biar kita akhirnya sama-sama mendokong.

Dia yang hebat. Hebat dengan semangatnya. Dan pada masa yang sama mampu menyuntik benih-benih semangat kepada rakan sekeliling. Tanpa dia sedar. Dan mungkin sehingga sekarang dia belum sedar.

Kini,

Pada saat takdir Tuhan yang menguji, saya tak ingin lihat semangat itu hilang. Kerana selama ini dia mampu bertahan, jadi biarlah selamanya bertahan. Kerana dia pasti lebih tahu apa yang menanti indah di hujung jalan. Perit, sakit, hampa, itukan sudah menjadi kebiasaan. Kerana yang kita impikan bukan Syurga bawahan.

Ayuh! Bangkit! Kerana doaku tetap bersamanya selalu. Dari kejauhan. Kerana bila semangatnya hilang, semangatku turut melayang.

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Oh kita cari pulang

P.s: Even if you’re on the right track, you’ll get run over if you just sit there. (Will Rogers)

Advertisements

Tinggalkan Nota

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s