Stop, Think, Re-start

Dah lama tak menulis secara santai. Seriousssly, sesantai yang mungkin. Dulu terasa penulisan ni adalah satu cara untuk mengubat jiwa andai kesedihan. Sebab saya bukan jenis orang yang pandai nak berkata-kata secara terang-terangan. Tapi melalui penulisan, semua benda jadi senang. (aaaaarrrggghh.. ni tak cukup santai lagi!!!!).

Dulu tulis, bila rasa nak menulis, tak terikat pada mana-mana pihak. Tak perlu ada sebarang komitmen. Jadi terasa bebas. Tapi sekarang, bila saya decide untuk mula serius dalam penulisan, tiba-tiba semua masalah datang. Dari semua pihak. Dari semua arah. Fizikal, mental, jiwa. Dan saya rasa sepanjang bulan Disember ni bagai 1 bulan yang meragut-ragut jiwa dan hati saya sebagai seorang manusia. Jadi, saya fikir, macam biasa, kalau nak menenangkan diri, saya akan menulis lagi. Tapi sekarang, bila saya nak menulis pun dah takde rasa dah. Mood dah hilang. Jiwa kering. Lebih-lebih lagi bila dah terikat dengan komitmen penulisan. Rasanya dah hampir dua minggu saya tak menyentuh penulisan-penulisan saya. Biarkan ia sepi dalam folder masing-masing. Arrrgghhh… serabut!

Patutlah penulisan ni dipanggil jihad penulisan, akan sampai di satu tahap, saya perlu melawan kemalasan ni, ketandusan idea ni. Mungkin tiba masanya untuk saya gunakan formula lama: Stop, think, and re-start again.

Sebenarnya niat kat hati nak menulis hal lain. tapi lain pulak jadikan. Hmm.. biarkanlah.

(Atas tu sebagai selingan je, ye. Terima kasih! Mulakan isi yang terisi sikit. Taknak cerita pasal saya. Takde orang kisah pun)

Ok, penulisan kali ni atas ilham luahan hati sahabat-sahabat. Terima kasih kerana sudi berkongsi kebimbangan. Terima kasih kerana sudi memberi kepercayaan kepada saya untuk mendengar permasalahan-permasalahan beberapa keping hati. (Saya dah mula fikir nak tukar profession jadi pakar kaunseling. Heheh! I think I really suit the position!!  =)

Buat yang sedang di tarbiyyah. Lebih-lebih lagi jika anda ditarbiyyah di luar daripada Bumi yang dipanggil Malaysia terchenta. Sekarang dah hujung tahun. Musim BFG aka Back For Good. Jadi, bagi yang dalam tarbiyyah, perkataan biasa yang sering dibimbangi adalah F.U.T.U.R.

Dulu, bagi saya, bila kita asyik duk sebut futur kan, saya selalu nak pegang kata-kata ni: “Kita adalah apa yang kita katakan.”

Jadi, saya tak nak selalu sebut sampailah saya baca entry seorang murabbi. “Tak salah kalau kita nak sebut. Sebab apa? Sebab maknanya kita betul-betul aware dengan kewujudan “futur” dan makin banyak kita sebut, makin kita bimbang benda tu akan jadi pada kita. Tapi yang menjadi kesalahan adalah bila mana kita tahu “futur” tu wujud atau makin dekat dengan kita tapi kita tak buat apa-apa pun untuk halangnya daripada makin dekat pada kita.” Hah! Lebih kurang macam tu la. Exact ayat saya dah tak ingat. Saya ada save kat laptop lama. Malas nak bukak. =)

Suka bila baca kat walls akhawati yang dah nak BFG akhir-akhir ni- “Moga terus tsabat”. Sebab saya pun pernah jugak menconteng dan diconteng wall saya dengan ayat tu. Dan masih pun menulis dan ditulis begitu.

Salah ke tulis macam tu? Tak lah. Tak salah. Saaaaaangat betul. =) Tapi yang tak bestnya macam saya tulis kat atas- bila kita tak buat apa-apa pun untuk halangnya daripada makin dekat dengan kita. Jadi, apa yang penting?? Kerjasama! BUKANLAH!!! Apa yang penting? PLANNING sebelum sampai ke bumi Malaysia dan HUSNUZZHON DAN SABAR DAN SEMANGAT- Bila sampai kat Malaysia. Nape saya sebut tiga hal ni? Em… tak nak cerita lagi. Balik dulu, rasa sendiri, lepas tu faham la. (Kalau saya rajin, saya tulis la lain kali. Sekarang sangat tak rajin sebab banyak benda kena buat tapi saya tak nak buat lagi. Sebab tengah dalam fasa stop, think. Tolong jangan ganggu fasa stop, think saya. Kalau tak, saya pergi menyorok kat hujung dunia lagi. Hmm..Arrrgghhh.. xmo cakap tentang diri saya laaa!!)

Walaupun saya nampak bersemangat je duk kaunseling sahabat-sahabat tentang bab-bab tarbiyyah bila dah bfg ni kan, duk semangat doakan moga terus tsabat kan (bukan saya nak sangat bagi kaunseling ni, jauh kat sudut hati, takut bila orang mintak pendapat, sebab saya takut dengan peringatan Allah, jangan katakan apa yang tak kamu kerjakan. Tapi sebab dah ada yang tanya, saya pun sharelah. Tapi jalan terbaik, baik bertemu dengan mak-mak usrah yang dah mantap. Tu lebih afdhal dan lebih baik nasihatnya, insyaAllah), saya sendiri admit yang ada je ketikanya saya rasa lemah.

Kita ni manusia biasa. Mehnah Allah tu datang bila-bila masa, lagi-lagi bila dan bfg, bi’ah yang buat kita dekat dengan tarbiyyah dah takde. Jadi, bila balik rumah, kita kena bina balik bi’ah tu sendiri. Mujahadah lagi. Mehnah dalaman. Ditambah dengan mehnah luaran pulak, orang-orang sekeliling, keadaan Malaysia,  nak bergerak kadang-kadang tak dapat (nak cite kat entry lain la, kalau rajin. Sekarang malas! Heh!), duit (kat Malaysia sangat banyak kena guna duit. Biasiswa dah tak dapat, keje tak lagi, nak call mad’u yang makin bertambah, duit simpanan dan makin sikit, takkan nak bergerak asyik mintak duit mak ayah etc panjang nak cite. Lain kali la, kalau rajin. Sekarang malas!).

Dan Allah ni kan Maha Mengetahui. Paling best bila Dia uji kat part yang paaaaaaaaling kita lemah. Jadi buatkan semua kalah. Semangat kita luntur, iman kita mula turun naik, nak cuba dapatkan sokongan daripada akhawat lain, dah la takde depan mata, mesej pun kadang-kadang tak reply. Akhawat ni,kan suka mesej sesuatu yang mungkin bagus-maksudnya tentang kehebatan tarbiyyah. Tapi mungkin kadang-kala, 1 mesej simple dah cukup menenangkan perasaan seorang ukhti yang sedang dalam perjuangan, yang pasti ada sakitnya, ada sedihnya, ada mujahadahnya. 1 mesej yang cukup pendek, tanpa perlu cakap tentang program-program ni. “Ukhti ok?”- Tak kisahlah dia tengah ok atau tak, tapi bagi saya mesej yang pendek macam ni pun dah cukup membuatkan hati tenang. Haha.. tak tahu la kalau saya je yang suka terima mesej saja-saja macam ni. (Tapi terkadang semua sibuk dengan mujahadah masing-masing. Takpe, kalau saya pun ada jugak mesej yang tak terbalas. Sebab kredit takde. =)

Ok lah. Dah melalut. Sebab tu saya nak cuba kurangkan tulisan-tulisan santai macam ni. Jauh sangat berjalan. Ok, balik ke point asal.

Nak cakap pasal futur sebenarnya.

Emm.. jadi, bila saya tengah dooowwwnnn sangat-sangat. Bila saya rasa sedih sangat-sangat. Adakah saya dikira futur???

Saya nak guna definisi futur saya sendiri iaitu futur bagi saya adalah bila saya memang dah CONFIRM tak nak dah ikut jalan ni. Tak nak buat apa-apa dah untuk T & D. Jadi, bila saya lemah semangat, saya bukan dah futur, cuma menghampiri futur, tapi pada level-level tertentu. Lepas tu, saya cuba sedaya upaya akan kuatkan semangat balik. Ni definisi saya.

Tapi, ada sampai ke satu tahap dalam kehidupan kita, bila kita diuji pada bahagian yang paaaaaaaling kita lemah. Kita tahu kita lemah part tu, dan Allah lagi Maha Mengetahui. Dan kita diuji di situ. (Terkadang kita cakap kat Allah, uji lah yang lain. Jangan yang ni. Tapi Allah kan Maha Mengetahui. Dia dah tahu part lain kita dah ok, buat apa nak uji bahagian yang dah HD??? Supplement paper untuk F1 saja. Kalau F2, repeat year la.)

Jadi bila kita dah lemah, kita tak nak buat apa-apa. Mungkin nilah masanya nak guna formula saya. Stop, think, re-start. Tapi, yang tak bagus kalau ambik yang pertama je. STOP. Tak nak THINK. Tak nak RESTART.

Paling tak best, bila jadi macam ni, kita salahkan tarbiyyah. Sebab Allah kata, Allah akan uji sesiapa untuk naikkan darjatnya. Lagi nak dinaikkan darjat, lagi kuat la ujianNya. (Jadi, kita pun fikir, maknanya kalau aku tak hebat pun dalam tarbiyyah, aku takkan dapatlah ujian seberat ni [bagi kita berat, tapi bagi orang lain mungkin biasa-biasa. Eh, kena ingat, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Jadi akhawati, jangan sesekali bandingkan masalah orang lain dengan diri kita, jangan terdetik pun pada hati kita “La.. masalah macam ni je. Kecik je.” Jangan sekali-kali. Kena selalu ingat, setiap orang ada subjek kegemaran masing-masing. Ada kekuatan pada tempat yang berbeza-beza, ok?]. Jadi, kalau tak de dalam T & D, mungkin kita tak perlu rasa sesakit ni, sesusah ni.) Jadi, nak STOP. Teruskan hidup macam orang lain disekeliling. Tengok bahagia je. Tak buat apa-apa yang salah pun dari segi Islam. Dah tak larat dah dengan semua benda ni.

Em.. Allah tu sweet, kan? Pernah tak terasa Allah berbicara dengan kita? Kalau kita buat salah, pernah tak kita ditegur Allah. Teguran terus dengan kejadian-kejadian tertentu? =) Mungkin ada, tapi kita tak nak THINK. Tak nak fikir tu adalah bicara Allah pada kita. Tak nak fikir kejadian tu adalah teguran Allah pada kita.

Hidup ni tiada istilah kebetulan.

Saya tak tahu orang lain macam mana kehidupan masing-masing. Tapi bagi saya, Allah sentiasa menegur saya. Kadang-kadang keras. Dan saya rasa sakit, saya rasa sedih. Dan saya akan menangis. Tapi akan terus buatkan saya THINK dan sedar. Ada silap saya. Tu kalau saya buat silap. Kalau saya lemah semangat pun, Allah terus datang berbicara dengan saya. Buatkan saya THINK dan sedar yang Allah sentiasa ada rupanya tengah memerhatikan saya.

Bicara Allah bukanlah dengan kata-kata (Maha Suci Allah daripada apa yang sama dengan sifat manusia). Teguran dan bicara Allah datang daripada peristiwa-peristiwa yang datang dalam kehidupan. Sama ada melalui kejadian tertentu, atau pun melalui manusia biasa.

Berbalik kepada point asal (aaaaaaaaaaaaaa… sori!! melalut lagi), bila kita rasa kita dah tak nak dah kat jalan ni. Tak kisah lah orang kata dengan kita atau tanpa kita, gerabak tu akan tetap berjalan, tak kisah lah macam mana perumpamaannya lagi, kita dah penat. Dah lelah. Kita dah tak terasa apa-apa. Tak tahu kita ni tengah buat apa sebenarnya? Kita betul-betul nak STOP. Sebentar atau mungkin selamanya.

Tapi Allah datangkan bantuan. Email tiba-tiba penuh, telefon daripada akhawat yang tiba-tiba, sms mad’u datang ber”tet-tet”. Taklifan datang bertalu-talu. Program-program tarbiyyah bersusun-susun, dan kita patut mula THINK. SEMUA TU TAK DATANG SECARA KEBETULAN MELAINKAN ALLAH SEDANG MEMBERI BANTUAN. Sebab apa? Sebab Allah sayang kita. Tak nak kita jauh daripada kebenaran. Tak nak kita quit daripada apa yang Rasulullah buat.

Tapi, ya Allah, aku dah tak larat. Ujian ni berat sangat. Rasa dah tak mampu. Dunia ni sangat menyakitkan….

Walaupun kita tahu Allah takkan bebankan seseorang melainkan dia mampu. Tapi, kita rasa kita tak mampu! (haish… ni namanya degil. Tak nak dengar cakap.)

Jadi, apa kata kita STOP sekejap. Dan jom berbicara dengan Allah kembali, aku patut buat apa sekarang ni, ya Allah? (Ayat ni saya baru baca tadi masa Maghrib, sebab saya pun perlu jugak berbicara dengan Allah. Tak mencari, tapi Allah yang bagi, melalui qalamNya)

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.”

“Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat, di dalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta”

“Sebagai penghormatan (bagimu) dari (Allah) Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?”

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman setia.”

“Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”

“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Dan sungguh Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”

(Fussilat:30-36)

Now THINK, then RE-START. jom..

Wallahu a’lam.

Advertisements

8 comments on “Stop, Think, Re-start

  1. Assalamualaikum..

    Just to confirm, ini Kak Fakhriah yang uruskan Jalinan Ukhuwwah 2012 di El-Azzhar Camp, Banting bulan Januari hari tu ke?

Tinggalkan Nota

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s