Baitul Syifa’: Aku OKU

Drafted Rabu yang lepas. Just finish editing. (Kena me”recruit” editor la lepas ni. Heh!)

Ruang menunggu di farmasi pesakit luar makin penuh. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.

Jari jemari semakin rancak mengetuk keyboard komputer untuk men”screen” preskripsi daripada para pesakit.

Hari Rabu kali ini kelihatannya seperti kebiasaan hari Rabu yang lain. Sesak kerana ada klinik MOPD.

Mata sudah semakin penat. Preskripsi yang makin bertimbun, waiting time yang makin meningkat membuatkan hati makin resah. Nak menaip dengan laju, ada saja halangannya. Nak memberi nombor giliran, masalah dosing pada preskripsi, kena call doktor untuk intervention, ditambah dengan tulisan-tulisan doktor (you know how) yang makin lama makin “cantik”, cukup mengasah skill “tukang tilik” saya.

“Dik, nombor.”

Seorang lelaki berdiri di kaunter nombor giliran.

Dengan perasaan malas (sebab dah banyak kali bangun untuk bagi nombor giliran), saya bangun mendekati pemuda yang berusia dalam linkungan awal 30 tahun itu.

Mencapai preskrepsi, padanya ada dua items, jari ingin menekan butang “biasa” pada nombor giliran.

“Orang OKU tak boleh dapat nombor special ke, dik?” Dia berkata sambil tersenyum.

Mendongak ke atas, saya tergamam sebentar.

“Err, boleh,” pendek menjawab sambil membalas senyuman. Dan tangan menghulur nombor express.

Kembali duduk di hadapan komputer, sekilas memandang kepada pemuda tersebut.

Jalannya sedikit tempang. Dan sebelah tangannya sudah tidak mampu digunakan lagi.

Allahu Allah.

Andai ini peringatan hari ini.

Ada manusia suka dirinya dipandang. Rasa diri itu rupawan. Mampu menarik perhatian.

Tapi yang pasti, “Aku” tidak ingin dipandang orang. “Aku” tidak suka diri diperhatikan. “Aku” tidak suka menjadi bahan bualan.

Kerana “Aku” lain daripada orang sekeliling.

Kerana “Aku” OKU.

Berapa ramai yang dengan tenangnya mampu mengaku kelemahan yang ada pada diri. Mengaku “Aku OKU”, satu pernyataan yang pasti menusuk ke hati.

Tapi pasti “Aku” faham maksud qada’ dan qadar Ilahi.

Kita pula orang yang bagaimana? Yang selalu mempertikaikan nasib diri? Yang seringkali menyoal takdir Ilahi?

Seringkali merasa diri adalah orang yang paling buruk caturan kehidupannya?

“Aku lah orang yang paling sedih. Aku lah orang yang paling derita. Aku lah orang yang paling sengsara.”

AHH! Kamu belum cukup membuka mata seluas-luasnya. Belum cukup memandang dunia daripada kaca mata kehidupan yang sebenar.

Andai diri mampu men”curi” ketabahan itu. Andai diri mampu men”curi” rasa bersyukur itu. Andai diri mampu men”curi” perasaan redha dengan ketetapan Allah itu.

Andai diri mampu memeluk seeratnya takdir yang sudah sedia tertulis sejak azali.

Buat “Aku”, dunia mungkin tidak seindah yang diingini. Tak sesempurna yang diimpi.

Tapi, satu janji yang pasti. Moga di akhirat, kita menjadi orang yang paling dicemburui.

Nota:

5 days to go

Menghitung Ramadhan Terakhir

Ahlan wa sahlan buat tetamu yang dirindui.

Advertisements

2 comments on “Baitul Syifa’: Aku OKU

Tinggalkan Nota

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s