Blog… err..

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama tak menulis. Jari pun dah makin “slow” nak mengetuk-ngetuk keyboard. Sinonim la dengan nama benda alah ni. Laman sesawang yang dah hampir 3 bulan lebih bersawang. Heh!

Sebenarnya hajat penulis, nak ber”sara” daripada “kerjaya” ber”blogging” atas sebab-sebab tertentu. Keputusan yang dibuat sebulan yang lepas. Tapi semalam, baru di”marahi” oleh seorang ukhti. Jadi, per”saraan” ditangguhkan buat seketika. Huh!

Pesanan awal: Entry kali ni mungkin sekadar luahan rasa daripada penulis yang dah lama tak menulis. Sekadar nak men”ceria”kan blog yang dah lama menyepi. Kalau free-free, baru la luangkan masa, ye. Kalau ada perkara lain yang lebih afdhal, dahulukan la apa yang patut. =)

Kadang-kadang, apa yang kita nak tak semestinya apa yang patut kita buat. Dan Allah lebih tahu.

Satu malam, sedang duk khusyuk menaip “Toxic Case Report”, sambil membaca blog Dr Zain, (haha.. khusyuk sangat la kan. Ni namanya multi-tasking.. =p) datang seorang housemate duduk kat sebelah.

“Baca blog eh. Blog sape?”

“A’ah. Blog… errrr..” Nak sebut Dr Zainurrashid, entah kenal ke tidak entah. Nak sebut blog qiadah, satu hal pulak nak explain term yang “complicated”. Explanation mungkin akan lebih meng”complicated”kan penerangan. Nak sebut blog kawan, Dr Zain pun tak kenal saya kot.. erk..

“Errr… blog Dr Zainurrashid. Dia jurucakap Aman Palestin.” Hah! Ambik kau! Lambat sangat nak fikir.

“Ohh.. Fakhriah ada blog tak? Mesti ada, kan?” tanya la teman ni dengan muka yang excitednya.

“Hah? Err… entah..”.

“Mesti ada, kan? Ada gaya penulis.”

“Erk.. hehe..,” gelak yang dibuat-buat.

Tersentak di hati. Mungkin teman sekadar menyebut tanpa bermaksud. Tapi bagai membuka kembali pintu hati saya untuk menulis. (Dah diiktiraf ada gaya penulis, kan.. =p) Tapi keputusan yang diambil dulu sebenarnya adalah satu keputusan yang dah cukup nekad. Tapi, kejadian malam tu, buatkan penulis terfikir-fikir balik keputusan yang dibuat. (Adeh.. hati, hati. Cepatnya cair..)

Sehinggalah di”marahi” ukhti semalam, dan berfikir sedalam-dalamnya, tangguhkan lah dulu keputusan nekad sebulan yang lepas.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa nak berhenti menulis? Padahal saya pernah katakan bahawa penulisan adalah hidup saya. Kalau saya gembira, saya akan menulis. Kalau saya sedih, saya akan menulis.

Sesetengah orang menganggap blog adalah satu perkara yang membuang masa. Nak cerita semua perkara dalam kehidupan. Bagi saya, tidak! Blogging adalah satu perkara yang memerlukan komitmen yang cukup banyak! Dan melalui blog, saya suka untuk berkongsi cara pandang sebuah kehidupan dengan pembaca yang sudi bertandang.

Pernah ada seorang ukhti berkata pada saya satu kata yang agak mengguriskan hati setahun yang lalu. (Heh! Emo jugak penulis ni!)

“Nak menulis, semua orang boleh menulis. Yang susahnya kalau nak buat poster etc, perlukan kreativiti.”

Jauh dalam sudut hati saya, “Betul, tak semua orang boleh buat poster. Tapi sama hal jugak dengan penulisan. Memang semua boleh menulis (sape yang tak reti nak tulis A, B, C, kan?), tapi penulisan pun perlukan skill yang tak semua orang ada. Err… penulis tak bermaksud yang penulis ada skill yang diperlukan untuk menulis, yerk. Tapi, practice makes perfect, insyaAllah!”

Cuma, tegurannya adalah untuk tak membandingkan kemampuan diri dengan kemampuan orang lain. Allah menjadikan setiap hambanya unik. Ada kelebihan yang tersendiri.

Ada yang kreativitinya dalam membuat poster, ada yang kreatif mengarah filem pendek, ada yang kreatif melukis komik/anime, ada yang kreatif dalam penulisan, ada yang kreatif dalam menyusun kata untuk berbicara.

Dengan kata lain, cari kreativiti yang Allah dah anugerahkan dan “polish” skill untuk menyumbangkan sesuatu buat ummah. Tanpa perlu mem”perlekeh”kan kemampuan orang lain. Erk!

Ayat kat atas adalah peringatan buat saya jugak. Jadi, per”sara”an ditangguhkan.

Nota: Mungkin ada yang terfikir, bila teman bertanya, kenapa tak perkenalkan dia kepada blog sendiri? =)

Prinsip saya, I want people to know me as “ME” first, rather than knowing me through my blog. Because, too much expectation sometimes could “kill” you. Biar seseorang mengenali kita MELALUI kita, supaya lebih mudah untuk mereka menerima seruan kita. =)

Misi seterusnya: Membina Angkatan Mujahid!

“Hendaklah engkau pandai membaca dan menulis, memperbanyak muthala’ah terhadap risalah Ikhwan, koran majalah, dan tulisan lainnya. Hendaklah engkau bangun perpustakaan khusus, seberapa pun ukurannya; konsentrasilah terhadap spesifikasi keilmuan dan keahlianmu jika engkau seorang spesialis; dan kuasailah persoalan Islam secara umum yang dengannya dapat membangun persepsi yang baik untuk menjadi referensi bagi pemahaman tuntutan fikrah.”

(As-Syahid Hasan Al-Banna, Risalah Ta’alim)

p.s:
Menghitung Ramadhan Terakhir

18 days to go..
Allahumma Balighna Ramadhan

Akan datang: Menarik nafas panjang…

Advertisements

Alkisah: Allah atau batu?

Ada seorang sahabat Nabi tengah buat rumah. Tiba-tiba dia terdengar azan lalu berhenti untuk solat berjemaah walaupun hanya tinggal seketul batu sahaja lagi nak diletakkan untuk siapkan rumah tu. Lalu seorang sahabat yang lain menegur, “kenapa kamu tak siapkannya, tinggal satu batu saja lagi…”. Sahabat tadi tak menunjukkan sebarang tanda marah dan dia berkata pada sahabatnya, “aku takut nanti jika Allah tanya di akhirat mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?” dan seterusnya mengajak orang itu ke masjid…

Untitled

That moment... When you realize only Allah understands your pain (4.12.11)

 

Sabar tu, indah ke?

“Sabar itu cukup indah. Tetapi dimanakah keindahan itu? Bukankah untuk bersabar begitu sukar? Ya, bukan mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah. Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum? Mengapa yang sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?

“Sabrun jamil.” Itulah yang dikatakan oleh Nabi Ya’kub ketika berhadapan dengan ujian kehilangan anak-anaknya (Nabi Yusuf dan Bunyamin).

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dia (Ya’kub) berkata: “Sebenarnya hanya dalam dirimu sendiri yang memandang baik urusan yang buruk itu. Maka kesabaranku adalah kesabaran yang baik. Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semua kepadaku. Sungguh, Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.” (Yusuf: 83)

(Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, 2011)

Tears are prayers too. They travel to God when we can't speak. (1.12.11)

Memahami Takdir

Saidina Umar dan para sahabat ketika dalam perjalanan menuju ke Syam dikhabarkan bahawa di Syam sedang merebaknya penyakit taun. Ketika para sahabat bermesyuarat, Umar mencadangkan agar kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin al-Jarah berkata,

“Wahai Amirul mukminin, kenapa tuan ingin kembali ke Madinah dan lari dari qadar Allah?”

Berkata Umar,

Kami lari dari qadar Allah kepada qadar Allah.”

Penjelasannya, sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir bahawa:

A (pergi ke negeri yang dilanda taun) akan menyebabkan X (dijangkiti taun).

B (tidak pergi) pula akan menyebabkan Y (tidak dijangkiti).

Maka, melaksanakan sebab A (pergi) yang natijahnya adalah X (dijangiti)

atau

melaksanakan sebab B (tidak pergi) yang natijahnya adalah Y (tidak dijangkiti), itu juga dinamakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya berfikir dan memilih. Hikmahnya, kita tidak boleh persalahkan Allah SWT dengan pilihan kita itu jika natijahnya buruk.

Apapun, sama ada kita memilih sebab A (pergi) yang bernatijahkan X (dijangkiti) atau memilih sebab B (tidak pergi) yang bernatijahkan Y (tidak dijangkiti), semua itu sudahpun ada dalam  ilmu dan pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua.

Sumber: Fatimah Syarha

Nota: Mari memilih takdir yang paling sempurna mengikut neraca Pencipta. Moga Dia redha.

“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” (Asy-Syams:8-10)