Dependence

Baki 8 hari terakhir.

Biarlah seperti pemanjat pohon kelapa.
Makin dipanjat, makin tinggi dari tanah, perasaan takut yang makin bertambah, jadi pelukan pada pokok makin erat.

Moga kita juga mampu memanjat tangga ketaqwaan sehebat itu.
Makin ingin dekat pada Allah, semakin kuat pergantungan padaNya.

 

 

Ramadhan kali ini yang “kalut”.

Setelah 3 tahun, merasai Ramadhan di tanah yang berbeza. Asing.

Ramadhan yang dimulakan dengan sebuah tangisan. Keinginan untuk Ramadhan pertama bersama ibubapa selepas 3 tahun, rupanya aturan Allah lebih indah. Memanggil mereka menjejakkan kaki kembali ke Baitullah.

Sebuah tanah suci yang disebut-sebut ma selepas menunaikan haji hampir 7 tahun lepas. Dan panggilan umrah disahut riang.

Dan saya menangis menumpang gembira. Hajat ma termakbul selepas 7 tahun.

Dan sedikit sedih, sebab perancangan asal ingin juga ke sana bersama tahun depan jika diizin Tuhan kembali tertangguh.

Tapi, penangguhan ini, pasti takdir yang lebih indah menanti.

 

Ramadhan kali ini, ujian sebuah kegagalan.

Ketukan yang keras. Mungkin atas sebab alpa.

“Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah.” (74:7)

 

 

Ujian akan menghasilkan manusia dengan 3 karakter yang berbeza. Atas curahan air panas yang sama. Pilihan di tangan kita.

1) Sebiji telur.

Direndam dalam air panas. Makin panas air, makin keras dirinya. Dia menjadi ego, dia menjadi degil. Makin menutup dirinya kepada hikmah ujian.

 

2) Lobak

Direndam dalam air panas. Diri menjadi makin lembek. Makin lemah. Akhirnya tersungkur.

 

3) Kopi radix – err… penulis tak minum kopi radix, tapi….

Direndam dalam air panas. Menjadikan dirinya sebati dengan kepanasan air. Makin panas, makin sebati, makin serasi, makin manis. Menjadi makin sedap. Makin matang.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (3:139)

Ramadhan hampir berlalu pergi.

Kembali terfikir, Ramadhan seterusnya, akankah sempat bertandang kembali?

Laungan takbir kali ini, laungan kemenangan atau kekalahan?

Masih ada kesempatan waktu yang tersisa, and a winner never quit!

Checklist masih belum sempurna.

Dan memberinya sedikit, permintaan terlalu banyak.

Benarlah kita hanya hamba.

Hamba yang tamak haloba.

“I used to pray for so many fancy things. Now I just ask to be near You” (Yasmin Mogahed)

And yes, indeed.

Wa li rabbika fasbir… Wa li rabbika fasbir…

Almost there…

 

By Fakhriah Ramli Posted in Sendiri

Fitrah Kebahagiaan

Semalam, tengah-tengah duduk menaip kat laptop (macam biasa la, keje saya memang sentiasa depan laptop pun. heheh..) di ruang tamu, tiba-tiba abah datang letakkan sebuah buku kat sebelah saya. Saya pun tengok buku tu, lepas tu beralih pandangan pada abah dengan mata yang sedikit mengecil (nak tulis dahi berkerut, tapi tak reti nak buat dahi berkerut sangat. Muda lagi kan.. =p). Abah pandang saya sekilas, lepas tu berlalu pergi ke depan TV tanpa kata apa-apa.

“Pelik pulak abah aku ni,” saya kata, tapi dalam hati je lah. Saya pun tengok lah tajuk buku yang abah letak tu. “Qalbu Mutma’innah: Motivasi Membina Hati Yang Bahagia”, tulisan Ahmad Abdullah. Erk..

Saya rasa pelik. Nape abah bagi buku ni? Dah la tak kata apa-apa. Em.. Abah tengok anak dia ni tak bahagia, ek. Huhu..

Saya pun terus masuk bilik kakak, tengok cermin. Sebab bila tak bahagia biasanya sebab sedih, dan bila sedih orang kata biasanya akan makin kurus. Emm.. tapi saya tengok sama tembam je. Selera makan makin bertambah je. Sekarang demam ye lah kalau tak sihat sikit, muntah-muntah pun biasalah. Lagi-lagi kalau gastrik sebab stress. Tapi timbang berat, tengok sama je…. berat jugak. Mata bengkak sebab nangis? Em.. Dah ok dah rasanya. Takdelah rupa bola golf sangat.

Jadi, nape abah bagi buku ni? Hmmm.. firasat seorang ayah barangkali..

Ianya fitrah

Kalau sebut tentang kesedihan, berapa ramai orang dalam dunia ni tak pernah bersedih. Saya sangat pasti 99.9% manusia mesti pernah bersedih. 0.1% tu untuk baby. Nangis pun bukan sebab sedih, tapi sebab lapar atau tak selesa, nak tukar lampin! Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah mengalami tahun kesedihan. Dan adakah Rasulullah suruh kita tahan kesedihan? Tak, Rasulullah tak larang sebab kesedihan tu adalah satu emosi fitrah. Cuma perlu tahu had-hadnya untuk bersedih.

Jadi, macam mana nak setelkan masalah-masalah ni. Bagi seorang muslim, yang mempraktikkan Islam, sangat lah mudah. Kembali kepada Pencipta- 13:28. Dan boleh kita sama-sama ingat kata-kata Rasulullah pada Saidina Abu Bakar dalam gua Thur masa peristiwa hijrah, “La tahzan, innallaha ma’ana.”

Saya tak nak ulas ayat-ayat kat atas, sebab semua orang boleh je google terus. Banyak je entry yang citer bab-bab ni. Tapi saya cuma nak sentuh satu kata- fitrah.

Dan fitrahnya, kita ni tetap manusia biasa. Yang bukan macam komputer. Select dan delete hal-hal tertentu yang tak diingini dan terus empty the recycle bin. DONE!

Tak boleh. Sebab manusia ni kadang-kadang (atau selalunya) akan terjerumus dengan satu masalah- Sometimes we forget what we want to remember, and sometimes we still remember what we want to forget.

Tabiat yang bermanfaat

Bila seseorang bersedih, dia mesti ada tabiat-tabiat tertentu. Ada yang menangis bawah selimut atau bilik air (penatnya nak nangis banyak-banyak! Mata bengkak, kepala sakit, badan dehydrated akibat kehilangan banyak cecair dari badan.. huhu.. tahu ke apa makna dehydrated? Nyahhidrat-google translate. =p), ada yang duduk berkurung dalam bilik tak nak keluar-keluar (oh, saya pernah buat macam ni satu malam. Tak nak keluar bilik langsung. Sebab sedih, kucing kesayangan mati kena langgar kereta emm… lebih kurang 4 tahun yang lalu. Siap saya kata, “biar yang langgar uyad tu [nama manja kucing saya, nama sebenarnya murad] mati kena langgar jugak!” Astaghfirullahal ‘azhim. Tak baik tau doa benda-benda yang tak elok kat orang. Tapi ni masa dulu, masa tak ditarbiyyah lagi. Sekarang dah insaf dah. Takmo doa benda-benda tak elok. =) dan macam-macam lagi. Ni satu tabiat yang meng”affect” diri sendiri.

Ada jugak tabiat orang yang tengah sedih ni, meng”affect” diri sendiri dan orang lain tapi ke arah keburukan. Contohnya, bila dia sedih, dia pergi jalan-jalan, beli-belah tingkap (window shopping) dan ada jugak yang literally shopping. Habiskan duit sendiri dan mungkin jugak duit orang lain yang dia ajak teman dia pergi jalan-jalan.

Dan ada jugak tabiatnya pergi tengok cerita atau drama. Yang tak bestnya pergi tengok citer-citer korea, jepun. Tak ke lagi menyeksakan diri. Hah! Pergi tengok “one little of tears” tu. Berbaldi-baldi boleh nangis. Ya Allah, seksakan diri aje. Adoi..

Kalau saya, saya ada 5 tabiat yang selalu saya akan buat kalau saya sedih.

1. Nangis (obviously! Saya seorang perempuan, yang fitrah jiwanya sensitif. Jadi, tipu lah kalau saya tak nangis kan)

2. Tidur (nak lupakan sementara kehidupan realiti)

3. Dengar lagu (lagu nasyid la. Yang mampu mententeramkan jiwa. Dah memang set kat satu playlist. Ni tak, yang pergi dengar lagu omputih yang lagi serabutkan jiwa, apesal? Lagi satu, pergi dengar lagu-lagu putus cinta. Aduh la. Saja nak menambahkan masalah dalam jiwa!)

4. Menulis (macam yang saya buat sekarang.. (^.^)

5. Mengemas!

– Saya nak citer no 5 je. Mencari tabiat yang bermanfaat. Kalau sampai ke satu tahap, saya akan pilih tabiat no 5. Jadi, habislah satu rumah di kemas: kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, basuh pinggan (dengan sinki sekali saya basuh), lap dapur, masak, dan paling terbaru, cuci kereta. Huhu… ma balik pun terpegun dan kagum. Rajinnya anak dara aku- Tapi 1 hari tu je la paling rajin, hari-hari lain berkadaran =p. Jadi bila saya dah buat semua ni, saya rasa puas hati bila tengok semua ok, dah takde pandangan-pandangan yang menyerabutkan mata. Hilang rasa sedih, rasa serabut. Bermanfaat untuk saya dan pada masa yang sama, bermanfaat untuk orang lain jugak. Kan Rasulullah pernah bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia (lain)[1]

Orang-orang sekeliling

Saya selalu pegang satu prinsip dalam hidup. “Jangan selalu susahkan orang lain.” Sebab tu seboleh mungkin, kalau mampu saya buat sendiri sesuatu tanpa memerlukan bantuan orang lain, saya takkan mintak bantuan orang lain (melainkan sangat-sangat terdesak dan dah takde jalan lain).

Saya memang sangat-sangat tak suka kalau saya menyebabkan orang lain susah. Sangat-sangat tak nak. Kalau saya susah sebab orang lain, saya tak kisah. Tapi kalau sebab saya, orang lain dapat susah, saya akan betul-betul rasa bersalah. Pada diri sendiri dan jugak orang lain. Dulu saya ingat, prinsip ni sangat bagus untuk semua keadaan, rupa-rupanya perlu ada kelonggaran pada tahap-tahap tertentu. (Dan saya dididik untuk pandai gunakan prinsip ni pada tempat-tempat yang sepatutnya lebih-lebih lagi dengan tarbiyyah yang mengajar saya satu kata yang cukup indah, “risalah ini kita tanggung bersama” (Winter Trip 2010) Alhamdulillah)

Tapi kalau dengan keluarga sendiri, lebih-lebih lagi dengan ma dan abah, saya betul-betul tak suka susahkan ma dan abah. Jadi, bila semalam abah bagi buku tu, buatkan saya terfikir. Adakah saya dah menyusahkan ma dan abah dengan membuatkan ma dan abah bimbang? Bimbang dengan anaknya. Bimbang saya tak bahagia, kah? (hehe.. refer kepada tajuk buku)

Jadi, apa yang patut saya buat. Tak nak keadaan diri mempengaruhi orang-orang di sekeliling. Walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Mudah, guna 1 tip saja. SENYUM. Sebab saya tahu dan sangat-sangat pasti, SENYUMan saya (yang manis ni.. ahaks.. perasan. =p) akan mampu menenangkan hati ma dan abah, sahabat-sahabat dan orang-orang sekeliling.

Senyumlah walau hati kita sedang terluka. Moga dengan menggembirakan hati orang lain, kita pun turut sama merasa bahagia.

Kalau boleh, kesedihan kita tak perlulah sehingga menyebabkan orang lain pun terlibat sama. Kita dah cukup besar dan matang untuk fikirkan solusi terbaik untuk diri sendiri tanpa perlu menarik orang-orang sekeliling ke dalam permasalahan kita yang terkadang tak lah besar mana. Dan kalau perlu, barulah berkongsi dengan orang-orang tertentu (bukan semua orang tau!) yang kita betul-betul thiqah dengan mereka, yang mampu menjadi pendengar setia dan mungkin boleh berikan solusi yang baik buat kita dan kita boleh terima solusi tu dengan hati terbuka.

Yang pasti, Dia rindu

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Bait-bait lagu ni sebenarnya dah cukup untuk menjelaskan kepada kita apa makna sebenar disebalik setiap ujian yang menimpa kita, yang akhirnya menyebabkan terbitnya perasaan fitrah itu iaitu kesedihan.

Allah tu kan, sebenarnya Dia benar-benar rindu pada hambaNya. Sebab fitrah manusia ni yang selalu lupa bila dibiarkan dalam kenikmatan. Tanya pada diri sendiri:

– Bila kita happy, kita bahagia, banyak mana kita ingat pada Allah. Banyak mana kita sebut nama Allah. Banyak mana kita ucapkan syukur atas setiap pemberianNya? Dan kalau kita sebut hamdalah sekalipun, adalah hamdalah kita benar-benar menyentuh hati sendiri untuk mengatakan syukur ini benar-benar kerana Allah? Atau hamdalah tu hanyalah sebutan yang keluar sebagai satu rutin di bibir? (Macam baca hamdalah selepas makan tanpa betul-betul menghayati makna kesyukuran atas pemberian rezeki Allah)

– Bila kita dalam keadaan bahagia, dan kita solat. Berapa kali mampu kita menangis di atas tikar sejadah kerana sayang pada Allah? Berapa kali kita mampu menangis di atas tikar sejadah kerana syukur atas setiap nikmat kurniaan Allah? Berapa kali mampu kita menangis di atas tikar sejadah kerana nak Allah ada di sisi kita? Pernah ke? Susah, kan?

Jadi, bila kita mampu balas kerinduan Allah pada kita? Allah dah rindu sangat-sangat dah ni!

Dan bila kita dilanda kesedihan, terkadang kita rasa kita perlu cari seseorang. Nak share, nak cerita. Bukannya nak penyelesaian semata-mata. Cuma nak cari seorang pendengar setia yang memahami. Tapi kadang kala takde seorang manusia pun yang benar-benar faham kita. Ataupun kerana sikap manusia yang suka menilai, dia rasa masalah kita ni kecil dan tak perlu la nak duk sedih atau rasa susah hati sangat.

Di sinilah, akan terbit jauh di sudut hati kita, kita perlukan sebuah pergantungan yang ultimate.

“When you have nothing left but God, then for the FIRST TIME you become aware that God is enough.”

Dan bila kita sedih, selalunya kita tak boleh tidur kan. Sebab fikirkan banyak sangat perkara. Tapi rupanya, Allah tahu keadaan kita. Allah tahu keperitan hidup kita. Walaupun masa nak lena pun dah pukul 2 pagi, kita rasa kita tak larat nak bangun qiam. Dengan badan tak sihat, dengan kepala yang pening. Tapi Allah lagi Maha Mengetahui. Dia tahu, kalau kita jumpa Dia, berbicara dengan Dia, kita mampu bercerita semua perkara. Dan Dia akan membuatkan kita terjaga tanpa dirancang. Dan Allah akan kejutkan kita dari lena didinihari, tika ayam belum berkokok, tika orang lain masih lena, untuk kita dating dengan Allah. Hanya berdua. Dan bila ketenangan tu menyapa, kita PASTI akan rindu untuk bertemu dengan Dia lagi. =)

Yang pastinya Dia rindu untuk dengar kita meminta hanya padaNya. Dan kita akan semakin rindu untuk bertemu denganNya. Rindu yang kita yakin akan berbalas.

“Ya Allah, aku rindu. Rindu yang teramat.”

Dan sebenarnya, apa-apa pun yang terjadi dalam hidup kita, perkara pertama yang perlu kita buat hanyalah mencari Dia. Dan bicaraNya adalah merupakan kata-kata terbaik sebagai petunjuk jalan bagi yang mencari cahaya ketenangan dan kebahagiaan.

Oh Allah…

I told you: I’m in pain

You said: “…Do not despair of the mercy of Allah” (39:53)

I told you: Nobody knows what is in my heart

You said: “…Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest” (13:28)

I told you: Many people hurt me

You said: “…So pardon them and ask forgiveness for them…” (3:159)

I told you: I feel I’m alone

You said: “…We are closer to him than [his] jugular vein” (50:16)

I told you: My sins are so many

You said: “And who can forgive sins except Allah?” (3:135)

I told you: Do not leave me

You said: “So remember Me; I will remember you…” (2:152)

I told you: I’m facing a lot of difficulties in life

You said: “…And whoever fears Allah – He will make for him a way out.” (65:2)

I told you: I have many dreams that I want to come true

You said: “…Call upon Me; I will respond to you…” (40:60)

Nota hati: Dalam kesedihan, pasti akan terselit kebahagiaan. Kebahagiaan kerana kita yang dipilih untuk dirindui Tuhan. Kebahagiaan untuk kembali dekat dengan Ar-Rahman Ar-Raheem. Yang Maha Pemurah, dan Maha Penyayang. Yang pasti, inilah kebahagiaan hakiki. Dear Allah, thank you for being there when nobody else was.

Nak kongsikan salah satu daripada lagu dalam playlist. Duhai hamba Ilahi, selamat mencari kebahagiaan hakiki. ❤

Semangat yang hilang

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur mana pun
Jasad aku ditanam
aku…akulah jua…

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang
Semangat yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Pertama kali mendengar lagu yang dinyanyikan oleh para senior di Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu, ketika berada di Tingkatan 1. Kagum dengan senior-senior yang mendendangkan lagu ini sebab menurut senior perempuan yang berada berdekatan dalam Dewan Gemilang itu, kebanyakkan yang menyanyikannya terdiri daripada pelajar-pelajar yang nakal. Namun, bukan para senior yang menjadi tumpuan (walaupun kelihatan beberapa orang pelajar perempuan tersenyum-senyum. Ahh, biasalah jiwa remaja yang penuh dengan taman di hati), tetapi bait-bait lagu ini yang melekat di ingatan saya. Lagu yang cukup tepat untuk menutup minggu orientasi pelajar Tingkatan 1 bagi sesi tahun 2000.

Itu kisah 11 tahun yang lalu. Tapi, hari ini lagu yang sama kembali menyapa memori. Mungkin atas rentetan “kejadian” seminggu yang lalu. Dan juga “sesuatu” yang saya “baca” pada hari ini.

Dulu, saya yakin dirinya seorang yang bersemangat. Yang paling manis, kerana semangat yang terlihat adalah semangat untuk menyumbang dalam amal di medan. Medan yang disediakan Allah buat insan-insan pilihan.

Indah, kan? Bila kita di antara yang terpilih. Dan sehingga kini kita tetap berada di jalan yang sama.

Tapi kini, tiba masa untuk membuat pilihan sama ada ingin terus berjalan di sini, atau mengambil jalan yang lain di persimpangan. Tak ingin menulis tentang duri-duri yang terbentang di jalan, kerana dia pasti tahu. Tak ingin berbicara tentang karpet merah yang tiada terbentang, kerana pasti dia yang lebih tahu kerana langkahnya yang lebih awal mendahulu.

Dan kisahnya banyak diceritakan oleh orang-orang tertentu. Mujahadah yang dirinya sendiri yang menanggung, jadi sakitnya hanya dia yang tahu. Tapi bila dia tetap memilih jalan yang satu, saya turut kagum. Semangat yang dia ada, saya ingin turut sama menyokong, biar kita akhirnya sama-sama mendokong.

Dia yang hebat. Hebat dengan semangatnya. Dan pada masa yang sama mampu menyuntik benih-benih semangat kepada rakan sekeliling. Tanpa dia sedar. Dan mungkin sehingga sekarang dia belum sedar.

Kini,

Pada saat takdir Tuhan yang menguji, saya tak ingin lihat semangat itu hilang. Kerana selama ini dia mampu bertahan, jadi biarlah selamanya bertahan. Kerana dia pasti lebih tahu apa yang menanti indah di hujung jalan. Perit, sakit, hampa, itukan sudah menjadi kebiasaan. Kerana yang kita impikan bukan Syurga bawahan.

Ayuh! Bangkit! Kerana doaku tetap bersamanya selalu. Dari kejauhan. Kerana bila semangatnya hilang, semangatku turut melayang.

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Oh kita cari pulang

P.s: Even if you’re on the right track, you’ll get run over if you just sit there. (Will Rogers)